Dato’ Mufti Pahang datang ke Restoran Nur Malaysia Al-Haram

Views: 812

MEKAH, 28.12.2023
Restoran GISBH di bangunan Sofwah berhadapan Masjidil Haram terus menerima tetamu dan kali ini ia dikunjungi oleh Sohibus Samahah Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman, Mufti kerajaan Pahang Darul Makmur di sini hari ini.

SS Dato’ Sri Mufti memilih untuk menikmati juadah mi goreng manakala Datin Seri pula ingin menikmati mi kari.

Apabila dikongsikan kepada beliau tentang satu projek GISBH di Saudi iaitu Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah (WBDIH) yang dibangunkan oleh Pengerusi Eksekutif (PE) GISBH, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali di mana terdapat banyak haiwan kesayangan Rasulullah dan bermacam-macam aktiviti yang lain, SS Dato’ Sri berminat untuk mengunjunginya.

SS Dato’ Mufti menunjukkan kepada staf Nur Malaysia Al-Haram foto beliau dengan En. Inamullah Ashaari dan staf-staf GISBH di restoran GISBH di Mesir semasa mengunjungi Kaherah baru-baru ini.

Beliau bukan sahaja memberi nombor telefon bimbitnya malah mempelawa staf GISBH mengunjungi restoran milik anaknya jika pulang ke Malaysia nanti.

SS Dato’ Mufti sempat bersalaman dengan mantan PM Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang juga berkunjung ke restoran Nur Malaysia Al-Haram sebelum pulang ke hotel penginapannya.

Moga Allah berkati seluruh para alim ulama dan diberi kekuatan mempertahan hukum hakam agama dan syiar Islam di tanah air Malaysia.

Views: 812

Reviews for Dato’ Mufti Pahang datang ke Restoran Nur Malaysia Al-Haram

There are currently no reviews for Dato’ Mufti Pahang datang ke Restoran Nur Malaysia Al-Haram
Scroll to top