ISTANBUL, 28.11.2022
Produk Bio Teknologi ‘Fateh’ keluaran GISBH menjadi daya tarikan yang kuat kepada para pengunjung untuk berlama-lama di Pavilion GISBH apabila mendapat maklumat berkenaan manfaatnya yang banyak kepada manusia.
Uniknya produk ‘Fateh’ ini, walaupun hanya cecair dalam botol yang kecil tetapi terbukti sangat banyak faedahnya samada untuk pertanian, penternakan ikan, unggas, ruminan, kesihatan manusia, rawatan kumbahan dan lain-lain.
Terdapat lima jenis ‘Fateh’ yang dipasarkan iaitu Fomula Fateh untuk industri pemakanan, Fateh Aquatech untuk industri perikanan, Fateh Unggas untuk industri ternakan unggas, Fateh Agro untuk industri pertanian dan Fateh Ruminan untuk industri ternakan ruminan.
Kesedaran mengenali keselamatan makanan membuatkan ramai orang berminat dengan enzim ‘Fateh’ kerana ia dibuat 100% daripada bahan semulajadi yang halal, tanpa menggunakan bahan kimia, mengandungi sodium semulajadi dan yang pentingnya berfungsi
untuk menggalakkan proses metabolisme samada manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.
Selama ini penternakan ayam konvensional contohnya menggunakan antibiotik dan vaksin; yang boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia, khususnya kepada anak- anak yang sedang membesar.
Di Pavilion GISBH, pengunjung mendapat penerangan bagaimana GISBH menyediakan alternatif kepada sistem penternakan ayam sedia ada, dengan menghasilkan daging ayam sihat yang bebas daripada antibiotik dan vaksin.
Ternakan yang dihasilkan pula cepat tumbesarannya, lebih segera disembelih, boleh dijual dengan harga yang tinggi kerana dagingnya yang berkualiti.
Apabila masa ternakannya berkurang, kos makanan dan buruh berkurang dan harga jualannya tinggi maka keuntungannya lebih banyak.
Oleh kerana itulah, ramai pengunjung yang berminat dengan produk-produk ‘Fateh’ dan bertanya berbagai soalan di Pavilion GISBH.
En Atakan Çelik, seorang penternak itik dari Turki awalnya telah melakukan ujikaji ke atas 100 ekor itik dengan efisien sebanyak 20% makanannya dan setelah 54 hari, apabila di’harvest’, itik yang menggunakan ‘Fateh’ beratnya 3.4 kg sedangkan yang tanpa Fateh hanya seberat 3 kg.
Uji kaji seterusnya dilakukan ke atas 1000 ekor itik dan mendapat hasil yang sama lalu beliau merancang untuk membela 150 ribu ekor itik yang akan menggunakan enzim Fateh
Beliau yang berkunjung ke pavilion GISBH bukan sahaja ingin meneruskan kerjasama dengan GISBH dalam penggunaan Fateh Unggas malah turut membantu memberi penerangan kepada pengunjung yang lain.
Seorang wanita, isteri kepada kenalan GISBH di sini pula menyatakan bahawa beliau telah sembuh daripada penyakit Hepatitis B melalui penggunaan produk Fateh BioTech.
Terdapat beberapa wakil daripada syarikat probiotik juga turut berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk ‘Fateh’ ini.
Moga GISBH akan dapat meneruskan perhubungan dan memberi perkhidmatan kepada pelbagai golongan khususnya masyarakat Turkiye melalui produk ‘Fateh’ setelah selesai Ekspo Halal OIC ini.