Dr Santik tertarik dengan perlaksanaan Islam sebagai cara hidup oleh pasukan Ikhwan Equestrian

Views: 8

LEMBAH BIDONG, 29.01.2023
Dr. Santik, tetamu GISBH dari Pulau Phuket Thailand sangat tertarik dengan perlaksanaan sistem hidup Islam yang kemas dan tersusun oleh pasukan Ikhwan Equestrian yang dipimpin oleh Tuan Mohd Adib At-Tamimi ketika sampai di Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala PDRM di sini semalam.

Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala PDRM anjuran bersama Kerajaan Negeri Terengganu, Royal Terengganu Endurances Stable (RTES) dan Kumpulan Shapadu yang sepatutnya bermula pada 27 hingga 29 Januari 2023 bertempat di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong ini telah ditangguhkan sehari kerana kematian pengurus besarnya, Dato Che Mat Din.

Ketika sampai ke tapak penempatan pasukan Ikhwan Equestrian, Dr. Santik berpeluang melihat sendiri penyusunan penempatan, kenderaan, tempat sembahyang malah makan minum dan ibadah sembahyang berjemaah oleh Tuan Adib yang sangat tersusun dan teratur.

Beliau yang juga bekas wakil rakyat di Phuket dan pernah terlibat dengan sukan berkuda mengatakan tidak pernah melihat suasana yang sangat berdisiplin begini.

Tuan Adib telah menyusun khemah-khemah mengelilingi ruangan berkumpul dan sembahyang agar sedikit terlindung dari pandangan umum dan terdapat sebuah ‘Food Truck’ bagi menyediakan juadah makan untuk semua.

Ketika bersembahyang jemaah, dibentang sejadah putih di atas hamparan kanvas untuk beribadah dengan lebih selesa.

Semua yang dilihat menyebabkan beliau ingin segera pulang ke kampungnya untuk meniru apa yang beliau lihat sepanjang lawatan beliau ke beberapa pusat perniagaan GISBH di Malaysia di tanah miliknya di Phu View, Phuket terutama berlakunya pendidikan dalam membangunkan pertanian, penternakan dan semua aktiviti.

Menurutnya, di dalam GISBH, Islam bukan sekadar kuliah-kuliah di masjid dan surau tetapi ia dilaksanakan di semua sudut hingga nampak keindahannya.

“Saya kena belajar apa yang GISBH buat,” ujarnya.

Kehidupan remaja yang saling hormat menghormati itu juga membuatkannya terkesan lalu mencium tangan sesiapa sahaja ketika bersalam kerana ingin memuliakan mereka.

Moga keberadaan para remaja GISBH atau Remaja Pembela Ummah (RPU) di mana sahaja dapat melaksanakan cara hidup Islam yang berdisiplin dan berakhlak mulia hingga manusia tertarik dengan Islam, walaupun di acara sukan lasak seperti di Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala PDRM ini.

Views: 8

Reviews for Dr Santik tertarik dengan perlaksanaan Islam sebagai cara hidup oleh pasukan Ikhwan Equestrian

There are currently no reviews for Dr Santik tertarik dengan perlaksanaan Islam sebagai cara hidup oleh pasukan Ikhwan Equestrian
Scroll to top