Duta Besar Brunei ke Turkiye dan keluarga di Restoran Nur Muhammad Istanbul

Views: 4

ISTANBUL, 01.08.2022
Restoran Nur Muhammad Istanbul Turkiye (RNMI), salah sebuah daripada rangkaian restoran GISBH telah menerima kedatangan YBhg Duta Besar Brunei ke Turkiye, TYT Mohd Shafiee bin Kassim dan keluarga seramai 5 orang di sini hari ini.

Mereka menempah menu masakan Malaysia seperti sate, nasi beriani dan beberapa masakan panas dengan nilai keseluruhan sebanyak 660.4 Lira Turkiye.

TYT Duta datang dari Ankara ke Istanbul untuk bercuti bersama keluarga dan antara ulasan isteri TYT Duta ialah, bila ke Istanbul, RNMI adalah antara destinasi yang wajib dikunjungi dan beliau bersyukur sempat singgah dan menikmati makanan Malaysia di sini.

Selesai menikmati hidangan, beberapa orang staf RNMI sempat berbual mesra dengan TYT Duta juga berkongsi secara ringkas perjalanan perniagaan RNMI dan sambutan dari para pelanggan atau tetamu yang datang.

Moga warga RNMI menjadi ‘duta-duta kecil’ Malaysia dalam membuat hubungan dengan warga negara lain khasnya dari warga serumpun.

Views: 4

Reviews for Duta Besar Brunei ke Turkiye dan keluarga di Restoran Nur Muhammad Istanbul

There are currently no reviews for Duta Besar Brunei ke Turkiye dan keluarga di Restoran Nur Muhammad Istanbul
Scroll to top