HAT YAI, THAILAND 16.07.2023
Ekspo HAPEX 2023, pameran perdagangan antarabangsa utama dan persidangan mengenai produk dan perkhidmatan halal, berakhir hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini menjelaskan maksud yang lebih tepat definisi halal kepada umum masyarakat.
Ekspo dengan tema, ‘Halal untuk kesihatan’ ini menampilkan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk makanan, minuman, kosmetik, farmaseutikal dan tekstil. Terdapat juga beberapa seminar dan bengkel yang diadakan mengenai topik seperti pensijilan halal, pemasaran produk halal, dan industri makanan halal.
Prof Dr Muhammad Al-Dhawi, Penasihat Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam, Kuwait dalam ucapannya bertajuk “Masalah dan
Cabaran Industri Halal” antara lain mengatakan bahawa di antara kefahaman yang salah di tengah masyarakat mengenai halal ialah mereka menyangka halal hanya mengenai makanan dan minuman semata-mata.
Sedangkan persoalan halal dan haram ini meliputi seluruh aspek kehidupan kita bukan hanya tertumpu kepada makanan dan minuman.
Terdahulu, perkara yang sama juga ditekankan oleh YDH Pengerusi Eksekutif GISBH sebelum menyertai Ekspo Halal World HAPEX 2023 Thailand ini bahawa halal itu meliputi seluruh kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.
Malah atas panduan beliau, GISBH mengeluarkan satu phamplet khas menerangkan ‘Halal untuk kesihatan’ yang perlu diamalkan demi menjamin kesihatan akal, badan dan jiwa manusia agar terus sihat dan cergas dalam menjalani kehidupan di dunia demi keselamatan hidup di dunia dan akhirat.
Akhirnya Ekspo Halal World HAPEX 2023 Thailand bukan sahaja menjadi peluang yang baik untuk ahli perniagaan berhubung dengan pembeli dan pembekal dari seluruh dunia, membuka peluang untuk mereka mengetahui trend terkini dalam industri halal malah mengubah pandangan umum mengenai halal itu sendiri kerana ia melibatkan pergaulan, pakaian, hiburan, ekonomi, kebudayaan, sukan, kesihatan malah seluruh aspek kehidupan dan bukan soal makan minum sahaja.
Moga dengan ekspo seperti ini akan membantu mempromosikan Hat Yai sebagai destinasi utama untuk pelancongan dan perdagangan halal dengan kefahaman yang baharu yang lebih tepat dengan ajaran Islam yang bersifat sempurna.