Gabenor rasmikan restoran pertama GISBH di Pattani

Views: 34

PATTANI, 30.01.2023
Gabenor wanita Islam pertama Thailand, Pateemoh Sadeeyamu merasmikan restoran pertama syarikat GISBH di Pattani di Majlis Pra-Perasmian atau ‘Soft Lauching’ Ikhwan Delight Pattani di sini tengahari ini.

Gabenor Pattani tersebut diiringi Ketua Persatuan Pendidikan Pondok Wilayah Selatan, Baba Muhammad Suwari Hj Hassan, Pegawai Daerah Nong Chik, Ek-Kasit Song-Moeng, Tuan Muhammad Ridzuan Abu Yazid, Konsul Jeneral Malaysia di Songkla, Tuan Haji Wan Ismail Hj Wan Yusuf, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Pattani
bersama YDH Tuan Ahmad Anuar Abdul Rahman, ALP GISBH memotong riben sebagai simbolik perasmian.

Tuan Syarif Hidayatullah dalam ucapan alu-aluan mewakili YDH ‘Excutive Chairman’, Tuan Nasiruddin Mohd Ali, antara lain menyampaikan rasa penghargaan atas kerjasama kerajaan Thailand khasnya kepada Puan Yang Terutama Gabenor Pattani sendiri melalui para pegawai daerah, pihak tentera, polis, imigresen dan lain-lain yang memudahkan semua urusan GISBH di Pattani.

Penghargaan juga diberikan kepada
pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Songkla, Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Yala, Narathiwat, Songkla dan Satun, Sohibul Fadhilah Baba Suwari selaku Pengerusi Persatuan Pondok Wilayah selatan Thailand atas kerjasama baik selama ini hingga dirasmikan Ikhwan Delight Pattani yang merupakan restoran GISBH yang ke 123.

Puan Yang Terutama Gabenor Pattani dalam ucapan perasmiannya mengalu-alukan keberadaan GISBH di Pattani dan melahirkan rasa gembira atas pembukaan restoran Ikhwan Delight di bawah GISBH di sini yang menambah pilihan makanan kepada masyarakat di sini yang memang terkenal dengan keenakan masakannya.

“Saya menyokong penuh segala usaha GISBH dan bersedia membantu apa sahaja yang diperlukan,” ujar Tuan Hj. Yusof, bekas pegawai imigresen Thailand yang pernah membantu urusan paspot pengasas GISBH, Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad lebih 30 tahun yang lalu.

Terdahulu program ‘Soft Launching’ ini telah dimulakan dengan sembahyang hajat dan tahlil ringkas memohon agar perniagaan ini diberkati untuk menjadi tempat berukhwah dan bersilaturrahim penduduk Pattani diimamkan oleh Baba Mahmud bersama tuan-tuan guru yang datang dari pondok-pondok pengajian sekitar Pattani dan Yala.

Sementara menunggu ketibaan Gabenor, selain dihiburkan dengan persembahan nasyid secara ‘live’ pengunjung yang hadir juga berpeluang menonton Profile GISBH dan filem pendek keluaran Ikhwan TV.

Majlis yang dihadiri seramai 153 orang tetamu dari pelbagai peringkat masyarakat ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu VIP dan jamuan makan juadah Malaysia dan Thailand secara bufet seperti nasi lemak, nasi putih, sambal bilis, sotong, udang, roti canai, kari ikan, rendang daging, ayam goreng, mihun sup, khao soi, samosa, kuih seri muka, koktail, kek pavlova, teh hijau ais dan lain-lain.

Para tetamu kehormat dijamu di ruang VIP yang berhawa dingin yang boleh memuatkan dengan selesa seramai 18 orang dalam satu masa.

Antara tetamu yang hadir, Baba Dr. Hj Wan Abdul Kadir Wan Mustafa, pengetua Maahad Islahuddeen Yala, Baba Hj Taufiq Yayasan Ummah Narathiwat, Tuan Hj Faris, tokoh korporat, Baba Dr Muhaimin, Pengerusi Persatuan Sekolah Rendah Swasta dan lain-lain.

Moga dengan perasmian premis perniagaan pertama GISBH di Pattani ini menjadi titik tolak ke arah kerjasama yang lebih erat dengan semua golongan di wilayah selatan Thailand.

Views: 34

Reviews for Gabenor rasmikan restoran pertama GISBH di Pattani

There are currently no reviews for Gabenor rasmikan restoran pertama GISBH di Pattani
Scroll to top