GISB Holdings Penaja Silver Festival Filem Malaysia Ke 32 di Encore, Melaka

Views: 26

MELAKA, 02.12.2022
Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd telah menjadi ‘Penaja Silver’ pada Malam Kemuncak Anugerah Festival Filem Malaysia 32 (FFM32) di pusat teater terbesar Asia Tenggara, Encore Melaka, Impression City, Jalan Kota Syahbandar, di sini baru-baru ini.

Di festival ini, GISBH menyediakan pakej hadiah mengerjakan umrah bernilai RM10,000 beserta wang tunai RM10,000.

Studio Kembara yang menerbitkan filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ telah terpilih di majlis ini untuk memenangi Anugerah Khas Juri Filem Box Office dan menerima trofi FFM32, wang tunai RM10,000 dan Koleksi NFT FFM32.

Filem Mat Kilau dibarisi pelakon utama, YH Dato’ Mohamed Hadi Putera bin Halim (Adi Putra) sebagai Mat Kilau, arahan Syamsul Yusof dan skrip ditulis oleh Shahrudin Mat Dali memaparkan ciri-ciri ketokohan, kepahlawanan, jiwa patriotik pahlawan Melayu, mengangkat nilai-nilai Islam seperti ikatan ukhwah yang kuat, serta membawa mesej ‘perpecahan membawa kekalahan’ kepada masyarakat di layar perak malah filem ini dianggap sebagai naskhah yang bermutu dalam mengangkat martabat filem tempatan.

GISBH telah diwakili oleh Tuan Afdhaluddin Latif, Tuan Muhd Ajwad At Tamimi, En Firdaus Mohd Noh dan En Afdhal Suhaimi, dari Biro Media dan Kebudayaan GISBH hadir di majlis anugerah itu.

FFM merupakan acara tahunan bertaraf nasional dianjurkan kerajaan melalui Perbadanan Filem Nasional (FINAS) bertujuan antaranya mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan penggiat industri filem tanah air.

GISBH komited dalam usaha dakwah melalui pelbagai bidang termasuk penerbitan filem.

Hati dan jiwa masyarakat dapat dididik ke arah iman dan taqwa menerusi garapan skrip berunsur ketuhanan yang bermutu tinggi.

Semoga dengan ini lahirlah masyarakat yang mengagungkan Tuhan, hidup harmoni dan berkasih sayang sesama manusia.

Views: 26

Reviews for GISB Holdings Penaja Silver Festival Filem Malaysia Ke 32 di Encore, Melaka

There are currently no reviews for GISB Holdings Penaja Silver Festival Filem Malaysia Ke 32 di Encore, Melaka
Scroll to top