GISB Holdings penaja utama Majlis Sambutan Hari Puisi Malaysia

Views: 20

AYER KEROH, 14. 06.2023
Syarikat GISBH telah dijemput menghadiri Majlis Sambutan Hari Puisi Malaysia Peringkat Kebangsaan Ke-3 tahun 2023 dan menjadi penaja utama program yang diadakan di Auditorium Tun Sri Lanang JKKN, di sini semalam.

Majlis dijayakan dengan kerjasama beberapa agensi antaranya Pejabat Ketua Menteri Melaka, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pelajar sekolah, universiti dan banyak lagi.

Majlis perasmian telah disempurnakan Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Sri Abdul Rauf Bin Yusof dan turut dihadiri YB Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Hamad Kama Piah Che Othman, Penaung PEMUISI, YAB Senator Prof Datuk Seri Awang Sarian, Ahli Dewan Negara Malaysia, Datuk Prof Emeritus Dr. Hashim Yaacob, Sasterawan Negara Dato’ Rahman Shaari, Sasterawan Negara Datuk Dr. Zuriah Hassan dan Yang Berusaha Dato Dr Hj Mohd Radzuan Hj Ibrahim, presiden PEMUISI.

GISBH diwakili YBhg Tuan Hasnan Abdul Hamid, COO GISBH dan YBhg Tuan Mohd Fadhil Yasin, Ahli Lembaga Penasihat GISBH hadir sebagai tetamu VIP di majlis ini.

Bertemakan ‘Puisi Insani, Melestari Malaysia Madani’, majlis diadakan bertujuan memartabatkan puisi sebagai satu kaedah mendidik masyarakat Malaysia dengan nilai-nilai murni selaras hasrat kerajaan membentuk masyarakat madani.

Selaku penaja utama majlis ini, GISBH telah menyediakan hidangan di bilik VIP iaitu Nasi Mandy Kambing dan Ayam, air teh tarik, minuman sejuk dan kuih muih.

Selain itu, GISBH juga turut menampilkan persembahan 2 buah nasyid dari kumpulan Generasi Harapan bertajuk ‘Cintailah Malaysia’ dan ‘Doa Untuk Malaysia’, pertunjukkan Seni Bela Diri dari Ikhwan Martial Art dan deklamasi sajak bertajuk ‘Menganggap Agama Bangsa Perkara Kecil’ nukilan Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad diiringi alunan muzik Akademi Generasi Harapan.

GISBH turut menyediakan cenderahati barangan produk keluaran Ikhwan untuk edaran kepada tetamu VIP dan juga doorgift kepada seluruh hadirin.

YAB Ketua Menteri Melaka mengucapkan terima kasih kepada YBhg Tuan Hasnan Abdul Hamid dan YBhg Tuan Mohd Fadhil Yasin atas kehadiran di majlis ini.

Pihak penganjur dan tetamu jemputan khususnya Presiden PEMUISI Yang Berusaha Dato Dr Hj Mohd Radzuan Hj Ibrahim mengucapkan tahniah dan terima kasih atas semua tajaan dan kesungguhan pihak GISBH menjayakan program ini serta mengalu-alukan lagi kerjasama dari pihak GISBH di masa akan datang.

Semoga jalinan kasih sayang yang dilakukan dalam mengangkat martabat seni kebangsaan, menjadi pemangkin untuk Islam kembali dijulang dan dibesarkan sekalipun di dalam dunia kesenian, kebudayaan dan kesasterawan untuk Allah dan Rasul kembali diagungkan.

Views: 20

Reviews for GISB Holdings penaja utama Majlis Sambutan Hari Puisi Malaysia

There are currently no reviews for GISB Holdings penaja utama Majlis Sambutan Hari Puisi Malaysia
Scroll to top