GISB Holdings sertai program Kota Sufi Se-Nusantara 2.0 di Tasik Malaya

Views: 757

TASIK MALAYA, 21.01.2024
GISB Holdings telah dijemput untuk menyertai program Kota Sufi Se-Nusantara 2.0 dari 19-21 Januari 2024 di sini baru-baru ini.

Program ini adalah kesinambungan program Kota Sufi Se-Nusantara 1.0 yang telah diadakan di Majid Sri Sendayan, Negeri Sembilan, Malaysia pada 25-27 Ogos 2023 sebelum ini.

Kali ini, pihak penganjur iaitu Tarekat Idrisiyyah Tasikmalaya menawarkan GISBH ikut serta memeriahkan program dengan menyertai perniagaan di bazar atau tapak ekspo yang disediakan dan Kumpulan Akademi Generasi Harapan pula diberi slot membuat persembahan pentas bersama The Sufi’s iaitu kumpulan nasyid dari Tarekat Idrisiyyah.

Program Kota Sufi Se-Nusantara 2.0 ini merupakan gabungan 2 program, iaitu Qini Internasional 155, satu program rutin Tarekat Idrisiyyah dan Kota Sufi 2.0 dengan menghadirkan beberapa orang masyaikh dan ahli pelbagai tarekat muktabarah dari pelbagai negara dengan kehadiran sekitar 4000 orang.

Lebih dari 20 tarekat di Nusantara samada dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Kemboja, Filipina juga dari Syria, Australia dan Itali telah ikut serta.

Tujuan Program Kota Sufi 2.0 adalah untuk mengumpulkan para masyaikh dan ahli pelbagai tarekat dan mengadakan kuliah-kuliah berkait ilmu dan pelakasanaan tasawuf serta majlis-majlis zikir dan ibadah bersama sepanjang 4 hari.

GISBH Indonesia telah mengambil 3 gerai perniagaan iaitu untuk Galeri Ikhwan, Roti Canai Ikhwan dan Ayyam Goreng Ayam Sihat Fateh dan Bakeri Ikhwan atas saranan YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH untuk mempamerkan ‘Islam Adalah Cara Hidup’ sepanjang program berlangsung.

Di malam penutup program Kota Sufi, wakil GISBH turut berpeluang menyampaikan cenderahati berupa produk-produk Ikhwan Brand daripada Pengerusi Eksekutif GISBH kepada Syeikh Akbar Muhammad Fathurrahman, Mursyid Tarekat Idrisiyyah selaku tuan rumah program ini dan beberapa orang Masyaikh dari Filipina, Thailand dan Kemboja.

Semoga dengan keterlibatan GISBH di dalam program Kota Sufi ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dan kasih sayang antara GISBH dengan semua pihak khususnya kumpulan-kumpulan tarekat yang muktabar seterusnya boleh bekerjasama dalam memajukan agama, bangsa dan negara.

Views: 757

Reviews for GISB Holdings sertai program Kota Sufi Se-Nusantara 2.0 di Tasik Malaya

There are currently no reviews for GISB Holdings sertai program Kota Sufi Se-Nusantara 2.0 di Tasik Malaya
Scroll to top