GISBH berkhidmat dengan pengundi di pusat pengundian Bukit Raja

Views: 505

BUKIT RAJA, 12.08.2923
Selain dari memastikan staf GISBH yang layak mengundi menunaikan tanggung jawab masing-masing dengan membuang undi, pimpinan GISBH juga menyarankan agar RPU memberi khidmat kepada anggota masyarakat yang keluar mengundi dengan mengagih-agihkan roti keluaran Bakeri Ikhwan kepada mereka di sini pagi ini.

Di Pusat Mengundi Bukit Raja, seramai 3 orang RPU terlibat mengagihkan Roti Ikhwan kepada para pengundi yang mungkin sebahagian daripada mereka tergesa-gesa keluar rumah tanpa sempat bersarapan.

Ramai yang menyangka roti itu untuk jualan terperanjat bila dikatakan ia adalah percuma untuk alas perut pagi dari Bakeri Ikhwan.

Majoriti pengundi yang turun mengundi di Pusat Mengundi ini dari kalangan kaum Cina dan respon salah seorang dari mereka (berbangsa Cina) “Saya tau you orang semua, Ikhwan sangat terkenal.”

Manakala yang lain banyak mengucapkan terima kasih malah ada yang ambilkan roti tersebut untuk isteri dan ayah yang sedang beratur untuk mengundi.

Umum mereka tahu keberadaan perniagaan Ikhwan di Bukit Raja.

Moga GISBH terus membanyakkan khidmat kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa kerana Rasulullah bersabda,
“Sebaik-baik manusia, orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.”

Views: 505

Reviews for GISBH berkhidmat dengan pengundi di pusat pengundian Bukit Raja

There are currently no reviews for GISBH berkhidmat dengan pengundi di pusat pengundian Bukit Raja
Scroll to top