GISBH cawangan Pulau Pinang menyertai Jualan Keluarga Malaysia, Mega Ramadhan Peringkat Negeri Pulau Pinang

Views: 10

SEBERANG PERAI UTARA, 18.04.2022
GISBH Pulau Pinang telah menyertai Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM), Mega Ramadhan Peringkat Negeri Pulau Pinang, yang telah dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selama dua hari dari 16-17 April 2022, Jam 10 pagi hingga jam 4 petang berlokasi di perkarangan Masjid ‘Ibadur Rahman, Kepala Batas, Pulau Pinang.

PJKM adalah kerjasama di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta rakan strategik sektor peruncitan dan merupakan salah satu inisiatif melalui Aspirasi Keluarga Malaysia bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Ia diperluaskan meliputi kawasan-kawasan Parlimen luar bandar sekali gus memberi manfaat besar kepada seluruh rakyat pelbagai tahap ekonomi.

Sejak dilancarkan pada 2 Disember tahun lalu sehingga 14 Februari lalu, seramai 1,181,376 pengunjung membanjiri PJKM di 775 lokasi seluruh negara dengan nilai jualan yang dicatatkan berjumlah lebih dari RM22.85 juta.

Ia kini diperluaskan meliputi kawasan-kawasan Parlimen luar bandar yang menawarkan barang-barang keperluan dengan harga sehingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran setempat.

Di Pulau Pinang ia dibuat di beberapa tempat di antaranya di Kepala Batas, Bayan Baru, Sg Dua dan lain-lain lagi.

Antara produk yang dijual oleh GISBH ialah ayam segar keluaran Kilang Ayam Ikhwan, Lahar Yooi yang telah beroperasi selama 14 tahun membekalkan ayam segar patuh syarak kepada umat Islam.
Sambutan daripada masyarakat sangat mengalakkan terutama pada jualan ayam Ikhwan.

Selain ayam segar, GISBH juga menjual pelbagai produk keperluan harian seperti beras, gula, garam, tepung, susu, daging dan sebagainya.

Antara syarikat lain yang menyertai Program Jualan Keluarga Malaysia ini ialah Syarikat FAIZA (anak syarikat BERNAS), NAFAS, MYDIN Wholesale, Pasaraya LOTUS’S, 99 Speedmart, MK Kudus Enterprise, Pak Tam Agrofarm dan lain-lain.

Semoga dengan penglibatan GISBH di dalam Program Jualan Keluarga Malaysia ini membantu menyediakan keperluan harian kepada seluruh lapisan masyarakat dengan harga yang berpatutan.

Views: 10

Reviews for GISBH cawangan Pulau Pinang menyertai Jualan Keluarga Malaysia, Mega Ramadhan Peringkat Negeri Pulau Pinang

There are currently no reviews for GISBH cawangan Pulau Pinang menyertai Jualan Keluarga Malaysia, Mega Ramadhan Peringkat Negeri Pulau Pinang
Scroll to top