GISBH dan KPRJ ingin berkolaborasi dalam pengeluaran produk ‘Halalan Toyyiban’

Views: 904

JOHOR BAHRU, 17.01.2024
Pengerusi Eksekutif GISBH YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali telah mengetuai pertemuan GISBH dengan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) di sini, hari ini.

Pertemuan yang diadakan di ibu pejabat KPRJ di Seri Medini, Johor Bahru turut dihadiri dari pihak GISBH oleh Ketua Pegawai Operasi, Tn. Hj. Hasnan Abdul Hamid, Ahli Lembaga Penasihat (ALP), Tn. Hj. Mohd Fadhil Yasin, ALP Muslimah, Puan Azura Mohd Yusof, para Pengarah Zon GISBH dan Pegawai Tadbir Syarikat.

Manakala dari pihak KPRJ pula diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, YB Dato’ Lukman Abu Bakar, Ketua Pegawai Kewangan, En Khairudin Hasan dan para pegawai unit pelaburan yang lain.

Tujuan pertemuan tersebut adalah untuk berbincang hasrat kedua-dua pihak, GISBH dan KPRJ berkolaborasi dalam meningkatkan perniagaan dan pengeluaran produk ‘Halalan Toyyiban’.

Pertemuan diakhiri dengan penyerahan cenderahati dari kedua belah pihak GISBH dan KPRJ dan pihak pengurusan KPRJ juga bermurah hati menjamu rombongan GISBH jamuan makan tengahari.

Views: 904

Reviews for GISBH dan KPRJ ingin berkolaborasi dalam pengeluaran produk ‘Halalan Toyyiban’

There are currently no reviews for GISBH dan KPRJ ingin berkolaborasi dalam pengeluaran produk ‘Halalan Toyyiban’
Scroll to top