GISBH dan MAPIM adakan usahasama bantu pelarian Palestin di Jordan

Views: 24

AMMAN, 04.12.2022
Syarikat GISBH cawangan Jordan telah mengadakan kerjasama dengan pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Sedunia (MAPIM), sebuah NGO dari Malaysia yang banyak berkhidmat mengumpul dan menguruskan dana bantuan untuk pelarian Palestin di sini baru-baru ini.

Dana bantuan tersebut telah di serah kepada beberapa Kem Pelarian Palestin di Jordan dalam rangka lawatan delegasi MAPIM sepanjang 1-4 Disember yang lalu.

Seramai 13 wakil MAPIM telah datang ke Jordan dalam misi memberi agihan bantuan musim sejuk kepada pelarian Palestin.

Walau bagaimanapun, hanya 4 orang sahaja yang berjaya mendapatkan visa memasuki Palestin untuk meneruskan misi bantuan tersebut.

Salah seorang daripadanya adalah En Nizal Muhammad, bekas pengacara TV3 dan pernah menjadi moderator program Forum Perdana sempena Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-22 Pusat Perniagaan Ikhwan (ibupejabat GISBH) di Bandar Country Homes, Rawang bulan Oktober yang lalu.

Kerjasama antara GISBH dan MAPIM bermula dengan kunjungan mereka ke Restoran Nur Malaysia Amman di mana pihak MAPIM sendiri menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan GISBH apabila mengetahui GISBH membuat kutipan dana dan mengagihkan sumbangan makanan (Box Jumaat Berkat) setiap Jumaat dan mengagihkan makanan asas (Food Bank) kepada golongan yang memerlukan.

Atas persetujuan bersama, untuk misi kerjasama kali ini, GISBH telah memberi barang keperluan asas musim sejuk, menyediakan 200 beg barang makanan untuk ‘Food Bank’, menyediakan kenderaan khusus membawa barang-barang sumbangan dan mengagihkan barang-barang keperluan musim sejuk ke pusat zakat.

Pusat-pusat zakat terlibat termasuklah, Kem Pelarian Wehdat, Kem Pelarian Jarash, Kem Pelarian Talbiah di Jami’iyah Hilal Akhdor dan di Pusat Latihan Orang Kelainan Upaya.

Staf GISBH juga berkhidmat sebagai penterjemah kepada pihak MAPIM, menyediakan katering sarapan pagi untuk mereka selama 3 hari dan
menawarkan perkhidmatan pakej ‘Travel & Tour’ untuk menziarahi maqam Nabi dan para sahabat serta tempat-tempat bersejarah di sekitar Amman.

Pihak MAPIM sangat berterima kasih dan berhasrat untuk terus berkerjasama dengan GISBH menerusi satu MOU yang akan dimeterai untuk projek-projek yang akan datang.

Semoga kerjasama antara dua pihak akan berterusan dalam membantu saudara seagama yang memerlukan pembelaan di bumi Palestin.

Views: 24

Reviews for GISBH dan MAPIM adakan usahasama bantu pelarian Palestin di Jordan

There are currently no reviews for GISBH dan MAPIM adakan usahasama bantu pelarian Palestin di Jordan
Scroll to top