GISBH dan YKPPM adakan CSR di PPI Subang

Views: 321

SHAH ALAM, 03.01.2024
GISBH dengan kerjasama Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) telah menganjurkan Khidmat Sosial Korporat di Ikhwan Farmasi dan Pusat Rawatan Komplimentari (PRKI) Pusat Perniagaan Ikhwan (PPI) Subang, Taman Subang Impian di sini baru-baru ini.

Program dimulakan dengan bacaan doa pembukaan majlis oleh En. Hj. Hassan Mohd Zain seorang perawat di PRKI seterusnya ucapan ringkas dari Kolonel (B) Dr. Yusof Abu Bakar mewakili Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali Pengerusi Eksekutif GISBH, menyatakan tujuan program untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memberi penerangan ringkas mengenai hasrat Tn. Nasiruddin untuk membina Kompleks Sihat Ikhwan yang lengkap dengan pelbagai perkhidmatan kesihatan untuk masyarakat.

Di antara aktiviti program kali ini ialah pemeriksaan kesihatan percuma yang mendapat sambutan baik daripada anggota masyarakat setempat.

Hadirin juga berpeluang mengikuti ceramah perkembangan kesihatan, dan kesan kerosakan kesihatan berpunca daripada pengambilan bahan-bahan bertoksik yang berada di pasaran, disampaikan oleh Prof. Dr. Mustafa Mohd Ali dari Universiti Malaya.

Beliau pakar di bidang gangguan endokrin dan toksikologi alam sekitar, menganggotai pelbagai jawatankuasa di peringkat antarabangsa dan nasional, menjadi penasihat saintifik kepada WHO dan PBB mengenai bahaya kimia dan pencemaran alam sekitar dan penasihat kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bahagian kawalan kualiti makanan dan kualiti air minuman.

Turut hadir dalam program tersebut adalah wakil dari YKPPM, Dr Siti Rafeah Ismail dan perawat-perawat kesihatan PRKI serta ahli farmasi Subang.

Para tetamu dibawa melawat premis-premis di PPI Subang di mana terdapat Ikhwan Mart, Ikhwan Farmasi, PRKI, Bakeri Ikhwan dan lain-lain.

Program selama 3 hari ini mendapat sambutan yang sangat baik dan majoriti pengunjung memanfaatkan peluang untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma malah tidak kurang juga yang meluahkan masalah hidup tentang keluarga dan anak- anak.

Semoga kerjasama antara kedua belah pihak sebegini dapat diteruskan lagi pada akan datang agar kesihatan masyarakat terbela terutama nasib warga yang kurang berkemampuan.

Views: 321

Reviews for GISBH dan YKPPM adakan CSR di PPI Subang

There are currently no reviews for GISBH dan YKPPM adakan CSR di PPI Subang
Scroll to top