GISBH dan YKPPM sertai misi bantuan operasi menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali

Views: 9

BATANG KALI, 20.12.2022
GISBH dan Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) telah terlibat dalam misi memberi bantuan kepada mangsa dan ‘frontliner’ dalam kejadian tanah runtuh di sini sejak 4 hari lalu.

Tragedi runtuhan cerun yang meranapkan tiga tapak perkhemahan milik Father’s Organic Farm ini memberi peluang dan pengalaman kepada Remaja Pembela Ummah (RPU) GISBH berkhidmat menghantar bantuan makanan dan minuman kepada mangsa dan ‘fronliner’.

Pasukan RPU GISBH diketuai oleh Tuan Muhammad Ajwad At-Tamimi telah pergi ke lokasi kejadian di Batang Kali, Hulu Selangor bagi meninjau sendiri keadaan di tempat kejadian dan menyerahkan bantuan.

Di hari pertama operasi, 3 ambulans milik GISBH dan YKPPM membawa 43 karton air minuman Ikhwan, roti Ikhwan pelbagai rasa, 150 pax nasi berlauk, 130 pax mi dan mihun goreng yang disediakan oleh restoran dan bakeri GISBH dari beberapa cawangan, diagihkan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

RPU juga menerima sumbangan nasi berlauk ayam sebanyak 30 pax daripada kakitangan Rumah Hutan Bonda Rozita (ibu kepada Dato’ Alif Syukri), dan diagihkan kepada pihak ATM dan APM.

Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia PPj. (PA) Ghazali Abdul Rahman, yang mengetuai 150 anggota APM sangat berterima kasih kepada syarikat GISBH kerana kerjasama ini yang kemudiannya mereka agih-agihkan kepada petugas-petugas yang lain.

Bantuan bencana dari GISBH dan YKPPM ini melibatkan 9 cawangan GISBH sekitar Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan.

Dalam kejadian 2.42 pagi Jumaat, runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter telah menimpa tapak perkhemahan itu, di Jalan Genting-Batang Kali.

Operasi mencari dan menyelamat hari ini memasuki hari kelima dan setakat ini seramai 24 orang terkorban, sembilan orang masih hilang dan 61 orang selamat daripada keseluruhan 94 mangsa.

Tidak ada sesuatu pun yang berlaku melainkan dengan izin Allah dan mempunyai hikmah yang tersembunyi. Moga tregedi seperti ini memberi keinsafan kepada semua manusia dan mendorong semua untuk saling memberi bantuan kepada mereka yang dalam kesusahan.

Views: 9

Reviews for GISBH dan YKPPM sertai misi bantuan operasi menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali

There are currently no reviews for GISBH dan YKPPM sertai misi bantuan operasi menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali
Scroll to top