GISBH di Ekspo Halal Trade Davao City IITTE 2024

Views: 170

DAVAO CITY, 24 Mei 2024
Ekspo Perdagangan dan Pelancongan Halal Filipina (PHTTE) 2024 telah berlangsung untuk kali ke-9 dari 23 hingga 25 Mei di sini baru-baru ini.

Acara bertaraf antarabangsa ini, melibatkan penyertaan dari beberapa negara dan menarik kunjungan pelbagai lapisan masyarakat.

Pada hari pertama ekspo, booth GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mendapat sambutan yang sangat baik dari tetamu yang tidak putus-putus mengunjunginya kerana majoriti masyarakat di sana sangat mencari-cari makanan yang halal.

YBhg. Tn. Nik Hazani mewakili Pengerusi Eksekutif GISBH Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali sentiasa berada di booth GISBH untuk menyambut dan beramah mesra dengan para tetamu yang hadir.

Antara tetamu yang bertemu YBhg Tn. Nik Hazani pada hari pertama ekspo ialah Tuan Deddy Faisal, Konsul Jeneral Malaysia di Mindanao, Mr. Radia Dimnatang, Timbalan Pengarah Eksekutif DTI, Mayor Zohria dari Municipal Matanao, Madam Marilao Ampuan, Naib Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Halal Wilayah Davao City, Miss Tammy Chien dari Agensi Travel Taiwan, Mr. Basheer Cabrera, pegawai rakyat tempatan di Pejabat Konsul Malaysia, Mr. M. Najmudin, Pegawai Halal dari India, Mrs. Caira dari Cotabato, isteri kepada salah seorang pimpinan Bangsamoro Autonomous Region in Muslim Mindanao (BARMM) di Cotabato.

Booth GISBH adakah merupakan antara yang paling meriah dikunjungi.

GISBH juga mempromosikan Program Islamic International Trade and Tours Expo (IITTE) yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti.

Antara pihak yang berminat menyertainya ialah Islamic Commercial Development Ltd dari Taiwan di mana pihak GISBH telah menghantar surat jemputan dan mereka telah berhubung untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Selain itu, Mr. Ismail Abaya Maharajah, pengasas dan presiden One Halal Global Consulting Services juga berminat menyertai IITTE dan pihak GISBH akan menghantar surat jemputan rasmi kepada beliau.

Semoga kerjasama dan sambutan ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara GISBH dan para pengunjung expo serta memperluaskan lagi jaringan perniagaan halal di peringkat antarabangsa.

Views: 170

Reviews for GISBH di Ekspo Halal Trade Davao City IITTE 2024

There are currently no reviews for GISBH di Ekspo Halal Trade Davao City IITTE 2024
Scroll to top