GISBH di Sambutan Bulan Pertahanan Awam dan Makan Tengahari PM bersama petugas SAR ke Turkiye

KUALA LUMPUR, 07.03.2023
GISBH yang diwakili oleh YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten telah dijemput ke Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Pertahanan Awam 2023 dan jamuan makan tengah hari bersama pasukan penyelamat misi bantuan kemanusiaan dan bencana Malaysia ke Turkiye di Parlimen hari ini.

Majlis yang dirasmikan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Anwar Ibrahim ini bertujuan untuk meraikan dan menghargai para petugas yang terlibat ini turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas-tugas Khas, YB Datuk Armizan Mohd Ali, juga wakil dari Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Bomba Malaysia, MAPIM dan badan NGO yang lain.

Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten yang juga merupakan Penolong Pesuruhjaya Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan diteruskan dengan majlis perasmian dan makan tengahari.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri mengatakan kerajaan tidak akan melupakan jasa, khidmat dan pengorbanan yang dicurahkan anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara yang menyertai misi menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye.

Sepanjang operasi di sana, GISBH turut bersama berkhidmat membantu menyediakan keperluan makan minum serta 2 buah motorhomes untuk para petugas yang terlibat.

Moga khidmat dan pengorbanan petugas dari Malaysia di luar negara akan mengharumkan nama negara agar lebih dikenali dunia.

Reviews for GISBH di Sambutan Bulan Pertahanan Awam dan Makan Tengahari PM bersama petugas SAR ke Turkiye

There are currently no reviews for GISBH di Sambutan Bulan Pertahanan Awam dan Makan Tengahari PM bersama petugas SAR ke Turkiye
Scroll to top