GISBH di Singapore Muslim Festival Expo 2024

Views: 414

SINGAPURA, 05.03.2024
GISBH terlibat menyertai Singapore Muslim Festival Expo 2024 di Singapore Expo Hall 6, Changi di sini 1-3 Mac, baru-baru ini.

Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd membuka 4 tapak di ekspo kali ini di mana peserta-peserta ekspo terdiri daripada pengusaha-pengusaha makanan halal di kalangan warga tempatan, Malaysia dan negara-negara ASEAN yang lain.

Singapore Muslim Festival Expo 2024 ini dirasmikan oleh Duta Beşar Malaysia ke Singapura, TYT Dato’ Dr. Azfar Mohamad Mustafar.

Setelah selesai gimmik perasmian, TYT Duta dibawa melawat ke setiap booth yang menyertai festival ini termasuk booth GISBH.

TYT Duta yang telah mengenali GISBH dan bertemu Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali serta mengunjugi Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes, Rawang menulis di buku kehadiran pelawat Booth GISBH; “Selamat maju jaya di dalam menyebarkan Islam ke seluruh dunia.”

Antara matlamat Pengerusi Eksekutif GISBH menyertai ekspo ini ialah untuk menjalinkan silaturrahim dengan para usahawan dan pelanggan juga mengembangkan perniagaan dan perkhidmatan syarikat kepada masyarakat dalam memperkenalkan Islam sebagai cara hidup.

Views: 414

Reviews for GISBH di Singapore Muslim Festival Expo 2024

There are currently no reviews for GISBH di Singapore Muslim Festival Expo 2024
Scroll to top