GISBH dijemput meriahkan majlis ulang tahun D’Tandoor International Group Of Restaurants

Views: 15

KUALA LUMPUR, 08.06.2023
GISBH telah dijemput menghadiri majlis Terlajak Raya Open House dan Ulang Tahun ke 30 D’Tandoor International Group Of Restaurants di Restoran Roti By D’Tandoor, Jalan Damai, Kg Datuk Keramat, di sini semalam.

Jemputan diterima daripada Pengasas dan pengarah urusan Syarikat D’Tandoor Group of Companies sendiri, Kol. Bersekutu (PA) Datuk Abdul Malik Abdullah.

D ‘Tandoor yang ditubuhkan pada tahun 1993 terkenal dengan hidangan menu India Utara, Moghul dan Arab. Ia mempunyai cawangan-cawangan di Putrajaya, Damansara, Bukit Mertajam, Subang Jaya dan Pulau Pinang dan telah berkembang sayapnya ke Australia, New Zealand, Kemboja dan Arab Saudi.

Program bermula pada jam 6 petang dihadiri oleh TYT Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT B. N. Reddy, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, YB Senator Dato’ Setia Dr Hj Mohd Na’im Hj Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YTM Tunku Syed Razman Ibni Almarhum Tunku Syed Idrus Al-Qadr, Tunku Besar Tampin dan Khalid Abdul Samad, Mantan Menteri Wilayah Persekutuan.

Rombongan GISBH diketuai oleh YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif, YDH Tuan Hasnan Abdul Hamid, Ketua Pegawai Penyelaras, barisan Ahli Lembaga Penasihat (ALP) iaitu Tuan Ahmad Anuar Abdul Rahman dan Tuan Nik Hazani Nik Muhammad, barisan kepimpinan muslimah, Ybhg Pn Azura Yusof, ALP Muslimah dan Puan Ruqayah Zakaria.

Kedatangan Tuan Nasiruddin dan rombongan disambut mesra oleh Tuan Rumah dan beliau dipersilakan duduk di meja VIP bersama TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, dan lain-lain tetamu kehormat.

Kelihatan ramai tetamu dan kenalan yang mengambil peluang bersalam-salaman dengan Tuan Nasiruddin dan beliau diberi penghormatan membaca doa sempena sambutan ulang tahun ke 30 D’Tandoor International Group Of Restaurants.

Di samping menikmati jamuan nasi Moghul, antara tentatif majlis yang berjalan ialah penyampaian cenderahati tanda penghargaan kepada Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, ucapan dari Datuk Malik sendiri, penyampaian anugerah penghargaan kepada staf D’Tandoor, acara menandatangani perjanjian francais D’Tandoor cawangan Bukit Mertajam dan penyampaian cenderahati tanda penghargaan kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Datuk Malik memberi kepercayaan kepada Ikhwan TV menjadi media rasmi sepanjang majlis tersebut dan majlis berakhir pada jam 11 malam.

Moga hubungan baik GISBH dengan semua pihak akan menambah ukhuwah dan kasih sayang untuk menguatkan kesatuan umat Islam di tanah air.

Views: 15

Reviews for GISBH dijemput meriahkan majlis ulang tahun D’Tandoor International Group Of Restaurants

There are currently no reviews for GISBH dijemput meriahkan majlis ulang tahun D’Tandoor International Group Of Restaurants
Scroll to top