GISBH Dubai mengiringi ketibaan Menteri Petahanan UAE dengan paluan kompang sempena Hari Malaysia ke-60

Views: 136

ABU DHABI, 27.09.2023
Restoran Nur Malaysia Dubai (RNMD) telah menerima tempahan set cucur udang daripada Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi yang menganjurkan majlis sambutan Hari Malaysia ke-60 dan Hari Angkatan Tentera ke-90 bertempat di Dusit Thani Hotel di sini semalam.

Seramai 8 orang Remaja Pembela Ummah Lelaki (RPUL) dan 2 orang Remaja Pembela Ummah Muslimah (RPUM) bergerak jam 4 petang dari Dubai dengan 2 buah kenderaan, GMC Delani dan motor Homes Kata Rahmat ke Abu Dhabi sejauh 139 km.

Selain dari menghantar tempahan katering, GISBH juga turut terlibat sama memeriahkan program dengan persembahan paluan kompang untuk menyambut ketibaan tetamu kehormat majlis iaitu Menteri Pertahanan UAE dan beberapa tetamu VIP yang lain.

RNMD juga mengambil peluang membuka tempahan makanan dari restoran kepada warga Malaysia yang tinggal di Abu Dhabi untuk dihantar sekali kerana mereka tidak dapat selalu menjamu selera di RNMD atas faktor jarak yang jauh.

Setelah sampai ke hotel dan menyerahkan tempahan kepada pegawai yang berkenaan, para wakil GISBH menuju ke Ballroom bergabung dengan wakil-wakil staf Kedutaan Besar Malaysia untuk mengadakan latihan paluan kompang menyambut ketibaan rombongan VIP dengan niat untuk tunjukkan syiar Islam.

Pada jam 7.45 malam tetamu VIP iaitu Menteri Pertahanan UAE, H.E. Mohammed Al-Bowardi telah tiba dengan para tetamu kehormat disambut oleh TYT Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, Duta Besar Malaysia ke UAE dengan paluan kompang pasukan GISBH bersama Tuan Muhammad Nafi’ sendiri.

Majlis itu turut dihadiri oleh pegawai kementerian UAE, kor diplomatik, penasihat pertahanan, entiti perniagaan Malaysia dan UAE, Ketua Agensi Dubai Malaysia, syarikat tempatan, Majlis Perniagaan Malaysia (MBC) dan diaspora Malaysia.

Selesai persembahan kompang pasukan GISBH pergi ke kawasan auditorium dan berpeluang mengikuti tayangan ‘slide show’ program.

Atas usaha Tuan Muhammad Nafi’, RPUL yang awalnya tidak dibenarkan bernasyid, akhirnya berpeluang menyampaikan sebuah sebuah nasyid dengan izin TYT Duta Besar di hadapan para tetamu berjudul ‘Doa untuk Malaysia’ yang kelihatan menghiburkan para hadirin.

Selesai program rombongan GISBH bergambar dengan para tetamu antara TYT Duta Besar, Konsul Jeneral dan beberapa kaki tangan Kedutaan Besar Malaysia di mana Tuan Muhammad Nafi’ sempat kongsikan keberadaan motorhome GISB di sini kepada TYT Duta juga cadangan GISBH untuk mengadakan Event Autoshow MH di Souq al-Marfa dan akan menjemput TYT Duta dan juga Konsul Jeneral sebagai tetamu VIP ke sana.

Moga hubungan baik GISBH dengan Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi akan membuahkan kerjasama yang lebih baik di pelbagai aspek untuk kebaikan semua pihak.

Views: 136

Reviews for GISBH Dubai mengiringi ketibaan Menteri Petahanan UAE dengan paluan kompang sempena Hari Malaysia ke-60

There are currently no reviews for GISBH Dubai mengiringi ketibaan Menteri Petahanan UAE dengan paluan kompang sempena Hari Malaysia ke-60
Scroll to top