GISBH hadiah air Ikhwan kepada pengunjung Muzium Rasulullah SAW

Views: 7

MADINAH AL-MUNAWWARAH 27.06.2022
GISBH melalui Pengerusi Eksekutifnya, YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali telah menghadiahkan Muzium Darul Madinah atau Muzium Rasulullah sejumah 120 pek bersamaan dengan 2400 botol air minuman Ikhwan untuk dihadiahkan kepada para pengunjung yang datang ke muzium ini di sini, baru-baru ini.

Muzium Darul Madinah yang mempamerkan artifak bersejarah berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW dan Madinah Al-Munawwarah berserta beberapa replika pembangunan setiap era seperti replika Masjid Nabawi dan rumah baginda SAW menarik minat ramai pengunjung dari seluruh dunia.

Melalui penerangan yang jelas dan menarik dari petugas muzium dalam berbagai bahasa menjadikan sejarah yang disampaikan memberi kesan yang mendalam di hati para pengunjung terhadap kehidupan dan perjuangan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya.

Setelah penyerahan pek-pek air itu, seorang pegawai Muzium Darul Madinah, mewakili pemiliknya Dr. Abdul Aziz Ka’ki mengucapkan terima kasih sebanyaknya kepada Tuan Nasiruddin Mohd Ali atas sumbangan air minuman Ikhwan tersebut.

Dengan memberi minuman percuma kepada para pencinta Rasulullah SAW ini, apa yang diharapkan agar Allah anugerahkan hati yang merindui Rasulullah SAW kepada seluruh staf GISBH.

Selain daripada mengeluarkan air minuman dengan kerjasama Syarikat Al-Amoudi di Mekah, GISBH Haramain juga mengeluarkan produk rozel uncang yang diekspot ke Malaysia dan lain-lain negara.

Views: 7

Reviews for GISBH hadiah air Ikhwan kepada pengunjung Muzium Rasulullah SAW

There are currently no reviews for GISBH hadiah air Ikhwan kepada pengunjung Muzium Rasulullah SAW
Scroll to top