GISBH hadir Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2023 YTL di Hotel JW Marriott KL

Views: 39

KUALA LUMPUR, 15.05.2023
Di penghujung Syawal ini GISBH menerima jemputan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2023 anjuran syarikat YTL Construction di Bayu Ballroom, JW Marriott Hotel, di sini hari ini.

Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali telah mewakilkan YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Ahli Penasihat (ALP) GISBH yang lain iaitu Tuan Fadhil Yasin, Tuan Ahmad Anuar Abd Rahman, Tuan Nik Hazani dan 7 yang lain untuk menghadiri majlis ini.

Di majlis, rombongan GISBH di bawa bertemu dengan Datuk Seri Azmi Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YTL THP JV Sdn Bhd (YTL-THP) yang berjabat tangan mesra dengan semua lalu mengiringi mereka ke meja makan VIP.

Tidak lama selepas duduk di meja hidangan, Datuk Seri Azmi membawa Yeoh Keong Yeen cucu kepada pengasas syarikat kanglomerat LTL, dan memperkenalkannya kepada pimpinan GISBH.

YTL Corporation Berhad ialah konglomerat infrastruktur Malaysia yang ditubuhkan pada 1955, oleh Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Yeoh Tiong Lay (1929-2017), di mana nama YTL diambil. Hari ini, YTL Corp merupakan salah satu syarikat terbesar di Bursa Malaysia.

Yeoh Keong Yeen berkongsi kepada pimpinan GISBH yang beliau pernah makan di Restoran Nur Malaysia London. Walaupun cucu kepada pengasas sebuah konglomerat yang melayani lebih daripada 12 juta pelanggan di lebih tiga benua, beliau menyatakan penuh merendah diri, “Mohon maaf kalau makanan di sini tak sedap macam di restoran GISBH.”

Antara yang beramah mesra dengan rombongan GISBH, Dato’ Syed Osman bin Syed Omar Al-Habshee dan isterinya pelakon, YH Dato’ Norzilah binti Abdul Jalil atau lebih dikenali sebagai Ziela Jalil untuk mengucapkan selamat hari raya.

Beliau sangat gembira bertemu dengan pasukan GISBH dan dipelawa ke majlis rumah terbuka GISBH Lembah Kelang di Bandar Country Homes Rawang.

Para ALP GISBH juga sempat bertemu dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay yang turut hadir di majlis ini.

Datuk Seri Ayob Khan memberi sepenuh perhatian apabila Pegawai Tadbir Syarikat, Tuan Mokhtar menceritakan tentang projek GISBH di Tanah Suci Mekah khususnya Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah (WBDIH) dan menyampaikan jemputan ke Majlis Rumah Terbuka GISBH Lembah Kelang di Bandar Country Homes Rawang.

Tuan Mokhtar juga menceritakan kepada Datuk Seri hasrat YDH Pengerusi Eksekutif GISBH untuk meraikan pengunjung WBDIH yang telah mencapai seramai 54 ribu orang dalam tempoh 3 bulan untuk datang ke Majlis Rumah Terbuka GISBH di seluruh Malaysia.

Moga ukhuwah dan kasih sayang sempena bulan Syawal yang berkat ini memberi kekuatan sesama umat Islam untuk bekerjasama dalam semua aktiviti yang menguntungkan Islam.

Views: 39

Reviews for GISBH hadir Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2023 YTL di Hotel JW Marriott KL

There are currently no reviews for GISBH hadir Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2023 YTL di Hotel JW Marriott KL
Scroll to top