GISBH hadir Seminar Fikh Syafie Perkukuhkan SemangatCintakan Negara anjuran YADIM

Views: 312

PUTRAJAYA, 09.05.2024
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan satu majlis ilmiah dengan tajuk Seminar Fiqh Syafie Memperkukuh Semangat Hubbul Watan Dalam Kalangan Masyarakat Islam di Auditorium JAKIM di sini hari ini.

Program padat dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang itu diisi dengan kuliah, forum dan soal jawab berkaitan kecintaan kepada tanah air menurut Mazhab Imam As Syafie RA.

Antara tokoh-tokoh ilmuan yang mengisi program tersebut ialah Al-Allamah Shekh Abu Bakr Ahmad, Mufti Besar India (Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2023), S.S. Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan, Syeikh Dr. Hussain Muhammad As-Thaqafi, Al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin Bin Haji Marbu Al Banjari, Syeikhul Ma’ahad An-Nur, Janda Baik, Pahang, Syeikh Mohd Nazrul Bin Abd Nasir, Jawatankuasa Nadwah Ulama Ilmuwan Yadim (Nuaim) Habib Ali Zainal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid dan YBhg. Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty.

Turut serta di majlis yang dihadiri lebih 300 peserta ini m, wakil-wakil dari GISBH yang diketuai oleh Ahli Lembaga Penasihat, YBhg Tn. Hj. Mohd Fadhil Yasin, Tn. Nik Fateh Nik Abd Kadir, Tn. Afdhaluddin Abd Latif dan lain-lain.

Antara resolusi yang dicapai dalam seminar ini ialah membina jaringan antara tokoh agama, ilmuwan dan asatizah ke arah permuafakatan semangal cinta tanah air.

Di seminar ini wakil-wakil GISBH berpeluang bertemu tokoh-tokoh ilmuan yang terbabit dan lain-lain kenalan termasuk Senator Datuk Zulkefli bin Hasan, Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama)
serta menjemput mereka menghadiri International Islamic Trade & Tourism anjuran GISBH di Melaka bulan Ogos akan datang.

YBhg. Datuk Hasanuddin Bin Mohd Yunus, Yang Dipertua YADIM berulang kali mengucapkan terima kasih kepada Tn. Mohd Fadhil Yasin dan rombongan atas sokongan GISBH menghadiri majlis yang dianjurkan.

Moga hubungan GISBH dengan YADIM dan semua badan-badan Islam serta para alim ulama terus kukuh demi agama, bangsa dan negara.

Views: 312

Reviews for GISBH hadir Seminar Fikh Syafie Perkukuhkan SemangatCintakan Negara anjuran YADIM

There are currently no reviews for GISBH hadir Seminar Fikh Syafie Perkukuhkan SemangatCintakan Negara anjuran YADIM
Scroll to top