GISBH hadir sidang media Hentikan Sekatan Bantuan Kemanusiaan Dunia ke Gaza

Views: 1,309

PUTRAJAYA, 15.11.2023
Wakil GISBH telah menghadiri satu sidang media bagi menyatakan sokongan terhadap langkah Hentikan Sekatan Bantuan Kemanusiaan Dunia ke Gaza di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini kelmarin.

Hadir mewakili YBhg Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Hj Nasiruddin Mohd Ali ialah Ketua Pegawai Operasi GISBH, Ybhg Tuan Hj Hasnan Abdul Hamid bersama Pegawai Tadbir Syarikat, YBhg Tuan Hj Shukri Mohd Noor, beberapa kepimpinan GISBH serta RPU.

Antara panel jemputan dalam program ini termasuklah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Aktivis PPIM, Dato Nazim Johan @Toqqi, Presiden MAPIM, Hj Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Muslim Care Malaysia Society, Tuan Hj Zulkifli Wahijan.

Majlis memberikan keterangan dan perkembangan kekejaman yang berterusan dilakukan oleh Zionis Israel terhadap rakyat Palestin khususnya di Gaza dan sekatan yang dilakukan oleh pihak Mesir dengan campurtangan Israel.

Dalam penjelasannya, Tun Mahathir berkata gesaan perlu dilakukan kepada negara-negara Islam pengeluar minyak supaya tidak membekalkan bahan api kepada Israel dan sekutunya termasuk Amerika Syarikat dan Eropah.

Menurut Tun Mahathir lagi, ketika ini masyarakat dunia tidak perlu lagi melaungkan retorik, kritikan dan mengecam tindakan Israel sebaliknya membuat tindakan fizikal segera seperti memboikot produk dan membuat sekatan ekonomi ke atas Israel termasuk minyak dan gas.

Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab panel jemputan bersama wartawan dan hadirin.

Wakil-wakil GISBH serta RPU berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan YABhg Tun Dr Mahathir dan para hadirin.

Semoga dengan pendedahan dan saranan yang telah diutarakan bekas Perdana Menteri Malaysia ini dapat menjadi titik tolak kepada semua umat Islam untuk menolak, memboikot bukan saja makanan dan barangan keluaran Israel bahkan pemikiran cara hidup mereka dan mengamalkan cara hidup Islam sebenar.

Views: 1,309

Reviews for GISBH hadir sidang media Hentikan Sekatan Bantuan Kemanusiaan Dunia ke Gaza

There are currently no reviews for GISBH hadir sidang media Hentikan Sekatan Bantuan Kemanusiaan Dunia ke Gaza
Scroll to top