GISBH hadiri jemputan ke program World Youth Festival

Views: 133

KUALA LUMPUR, 28.07.2023
GISBH telah dijemput menghadiri program World Youth Festival (WYF) 2023, di Tamu Hotel & Suites, di sini pada 24-27 Julai 2023.

Program anjuran Yayasan Youth Break the Boundaries (YBB) itu julung-julung kali diadakan di Kuala Lumpur tahun ini adalah merupakan persidangan kemuncak yang mengumpulkan kaum remaja pelbagai negara berkumpul, berbincang, bekerjasama menyumbang idea kreatif mahupun mencipta penemuan baru dalam 5 bidang iaitu pendidikan, alam persekitaran, makanan dan minuman, industri kreatif dan teknologi kewangan atau fintech.

Program bertaraf antarabangsa ini bermula pada tahun 2017 dengan perkumpulan 75 orang dari 10 negara, sehingga kini seramai kira – kira 400 orang telah menghadiri program ini.

YBB diasaskan oleh Cik Meldi Latifah Saraswati merangkap CEO YBB bersama sekumpulan remaja dari Indonesia. Beliau merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam dan Sarjana Komunikasi dari Universiti Kocaeli, Turki.

Antara aktiviti yayasan termasuk mengadakan Sidang Kemuncak Remaja Antarabangsa (International Youth Summit), di Istanbul, pada 6-9 Febuari yang lepas.

Dalam program WYF di Malaysia kali ini, GISBH diwakili Cik Sakinah Effendy telah dijemput menjadi salah seorang ahli panel dalam salah sebuah forum sempena festival itu yang diadakan pada 26 Julai yang lalu.

Cik Sakinah selaku wakil syarikat GISBH telah dijemput berkongsi pengalaman berkenaan pengendalian Food and Beverage dalam syarikat yang diterajui Pengerusi Eksekutif YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan Ybhg Tuan Muhammad Adib At-Tamimi selaku Ketua Pegawai Penyelaras dan Presiden RPU GISBH mendidik dan menyusun para remaja lelaki dan muslimah (RPU dan RPUM) menjadi tenaga penggerak utama di 124 buah kafe dan restoran GISBH di dalam dan luar negara.

Malah perkenalan pihak penganjur dengan GISBH bermula ketika Restoran Nur Muhammad Istanbul membuka 4 tapak gerai menjual pelbagai makanan dan minuman di Pasar Senggol satu acara yang dianjurkan pihak Konsulat Indonesia di sana.

Penganjur berpeluang melihat sendiri gerai yang dikendalikan staf-staf remaja lelaki dan muslimah GISBH mendapat sambutan baik masyarakat dan keupayaan syarikat mengendalikan restoran-restoran di luar negara mendorong pihak penganjur menjemput wakil GISBH hadir di forum WYF untuk berkongsi pengalaman.

Antara wakil GISBH yang hadir mengikuti forum ini adalah Ybhg Tn Syarif Hidayatullah Che Khairil Anuar dan Ybhg Tn Afdhal Latif mewakili Ybhg Tuan Adib Attamimi, Cik Fathiyyah At Tamimi selaku ketua RPUM dan beberapa orang di kalangan pemimpin muslimah.

Sebelum forum bermula Akademi Generasi Harapan berpeluang mempersembahkan nasyid.

Golongan remaja merupakan aset negara yang amat berharga. Semoga dengan adanya forum seperti ini akan terbina satu masyarakat harmoni yang menjadikan Islam cara hidup mereka.

Views: 133

Reviews for GISBH hadiri jemputan ke program World Youth Festival

There are currently no reviews for GISBH hadiri jemputan ke program World Youth Festival
Scroll to top