KUALA LUMPUR, 13.05.2023
Pengurusan Tertinggi GISBH yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutifnya, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Datuk Seri Hj Akhil Bulat, Pengarah Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (World Trade Centre-WTCKL) di Dewan Tun Hussein Onn, WTC di sini hari ini.
Turut bersama Pengerusi Eksekutif GISBH, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Hasnan Abdul Hamid, Ketua Pegawai Operasi, para Ahli Lembaga Penasihat (ALP) GISBH, ALP Muslimah, Puan Azura Mohd Yusof dan kepimpinan Muslimah GISBH.
YDH Tuan Nasiruddin dan rombongan disambut oleh YBhg Datuk Seri Haji Akhil dan Datin Seri Hajjah Ruziha Hanam sendiri dan diiringi ke meja makan VIP di dalam dewan.
Ramai kenalan di kalangan tokoh-tokoh masyarakat khasnya di kalangan anggota keselamatan yang mengambil peluang bertemu dengan YDH Pengerusi Eksekutif dan pimpinan GISBH di meja makan.
Di antara para tetamu yang hadir ialah Datuk Baharuddin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah MKN yang kelihatan berjabat tangan dan ceria berbual dengan Tuan Nasiruddin dan ALP GISBH di meja hidangan.
Kelihatan meja makan VIP dari GISBH meriah dengan kedatangan kenalan seorang demi seorang bersalaman, mengucapkan salam Aidil Fitri dan saling memohon maaf serta bergambar dengan YDH Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH.
Datuk Seri Akhil turut memperkenalkan YBhg Dato’ Sri Irmohizam Ibrahim, Pengarah Eksekutif Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur kepada YDH Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH.
Moga program rumah terbuka sempena Hari Raya tidak hanya menikmati jamuan makan minum yang enak tetapi menambah kawan baharu dan menguatkan kasih sayang dengan rakan dan taulan untuk menguatkan agama Islam.