GISBH jayakan Program Memasak Bubur Lambuk Angkatan Pertahanan Awam 2023

Views: 11

KAJANG, 30.03.2023
Satu program memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk setempat kerjasama di antara APM, Yayasan Felda dan GISBH telah diadakan di bengkel kenderaan, Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam, di Taman Desa Utama, di sini hari ini.

Program yang diadakan sempena penutup Bulan Pertahanan Awam, turut dihadiri oleh PPj YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten Abd Rahim selaku Penolong Persuruhjaya Kehormat (PA) APM juga CEO GISBH, mengetuai 7 staf GISBH termasuk dua tukang masak berpengalaman GISBH; Tuan Haji Nazif Jamaluddin dan Tuan Haji In’amullah Ashaari serta dibantu oleh lima orang Remaja Pembela Ummah (RPU).

Selain itu, GISBH juga menyediakan segala peralatan memasak termasuk, gas, tungku, periuk dan peralatan lain.

Kerja-kerja memasak bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 1.30 tengahari diikuti kerja-kerja pembungkusan serta penagihan dijalankan pada jam 2-3.00 petang.

Sebanyak 1500 bungkus bubur lambuk dimasak untuk diagihkan kepada penduduk sekitar sebagai menagih keberkatan bulan Ramadhan yang mulia.

Satu ceramah Ihya’ Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Radhi Abdul Ghani, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Dakwah dan Sosial, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bertempat di Auditorium Tun Teja.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Dato’ Haji Mohd Banuri Aris, Pengurus Besar Yayasan Felda dan PPj., Tuan Ghazali Bin Abd Rahman, Pengarah Bahagian Pengurusan APM.

Menerusi facebooknya, APM mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan GISBH dan Yayasan Felda atas kerjasama menjayakan program ini.

Semoga program seumpama terus menjadi jambatan penghubung kemesraan dan pengikat kasih sayang di antara badan-badan yang terlibat juga sesama masyarakat setempat.

Views: 11

Reviews for GISBH jayakan Program Memasak Bubur Lambuk Angkatan Pertahanan Awam 2023

There are currently no reviews for GISBH jayakan Program Memasak Bubur Lambuk Angkatan Pertahanan Awam 2023
Scroll to top