KRUNGTHEP MAHANAKORN, 16.05.2022
YBhg Tuan Mohd Syarif Hidayatullah mewakili para pimpinan GISBH telah menghadiri Majlis Pertemuan Usahawan-usahawan dari selatan Thailand bersama mantan TPM Thailand, Dr. Phokin Plakul dan mantan Timbalan Menteri Kewangan YB Chiradech Worapiankul, di sini hari ini.
Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid lagu-lagu Hari Raya daripada kumpulan budaya GISBH, Generasi Harapan (GH).
Program diteruskan dengan forum dengan tajuk ‘Apa kaitan dan kepentingan politik dan ekonomi dalam membina masyarakat yang selamat dan harmoni?’ oleh seorang ahli panel jemputan manakala seorang lagi ahli panel pula membentangkan pelbagai dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis berkaitan politik dan ekonomi.
Puan Tasneem Che Tu,
mantan Wakil Rakyat di wilayah Narathiwat juga kenalan rapat GISBH sebagai pengacara majlis memberitahu, sebentar lagi majlis akan menyaksikan ekonomi dan sistem hidup Islam secara praktikal sepertimana yang di sampaikan oleh ahli-ahli panel dengan tayangan profil GISBH yang telah berjaya membangunkan perniagaan dan perkhidmatan di 17 buah negara.
Setelah itu, Wakil GISBH, Ybhg Tuan Syarif Hidayatullah pula memberi ucapan yang diterjemahkan ke dalam bahasa Thai mengenai ekonomi dan politik dalam membina masyarakat yang selamat sejahtera.
Tayangan profile dan ucapan wakil GISBH telah menarik minat ramai peserta termasuk wartawan bertemu perwakilan GISBH untuk mendapatkan maklumat lanjut, meminta nasihat dan panduan malah ada yang ingin mengadakan hubungan perniagaan.
Mantan TPM dan mantan Timbalan Menteri Kewangan Thailand sendiri menyatakan ingin buat perhubungan dan perniagaan dengan GISBH khusnya dalam melahirkan generasi muda yang berkualiti untuk menguruskan syarikat perniagaan.
Dr. Phokin Plakul berminat untuk menjalinkan hubungan perniagaan dengan GISBH dalam bidang pertanian, import eksport hasil dan produk pertanian antara Thai dan Malaysia dan menjemput rombongan GISBH untuk melawat ladang pertaniannya.
Begitulah apabila Islam diamalkan secara praktikal dalam seluruh aspek kehidupan, ramai yang akan tertarik tanpa mengira agama, bahasa dan bangsa.