GISBH membantu keluarga mangsa kebakaran di Pattalung

Views: 2

PATTALUNG, THAILAND 05.01.2023
Rombongan GISBH Thailand diketuai oleh Tuan Yahya Zakaria bersama Persatuan Sukarelawan Daerah Saiburi, Persatuan Pusat Pengajian Pondok-Pondok 5 wilayah Selatan Thai dan Persatuan Sukarela Tangan Atas Cabang Tiga Pattani telah bersama-sama memberi bantuan kepada keluarga En. Aziz Doloh di rumah beliau yang terbakar di 114 Moo 6, T. Nongtong, A. Pabon, di sini semalam.

Kebakaran yang dipercayai berpunca dari litar pintas itu mengorbankan 3 orang anaknya dan seorang anak saudaranya iaitu; Sukran 11, Hafizi 12, Alisa 20 dan Sadnem 21.

Menurut En. Aziz yang berasal dari Kota Bharu Kelantan tetapi telah menetap lama di sini, beliau keluar menoreh getah dengan isterinya pukul 3 pagi dan kebakaran itu berlaku dalam pukul 4 pagi ketika semua yang berada di rumah tersebut sedang tidur dan mereka tidak dapat menyelamatkan diri kerana tidak boleh turun ke bawah untuk keluar rumah kerana tangganya terbakar.

Dr. Hisham At-Tamimi yang hadir bersama wakil GISBH dan Baba Suwari dalam ucapannya menyatakan takziah dan berharap keluarga mangsa dapat bersabar dan redha menerima kejadian yang menyayat hati ini kerana ianya adalah takdir dari Allah Taala.

“Orang yang mati terbakar adalah mati syahid dan berhak memberi syafaat kepada ahli keluarganya yang lain di Akhirat nanti,” ujarnya lagi.

Di pertemuan ini, wakil GISBH menyerahkan sumbangan sebanyak THB20,000 kepada En. Aziz untuk meringankan bebanan yang beliau tanggung akibat kebakaran yang memusnahkan seluruh rumah dan harta bendanya.

Moga hubungan baik GISBH dengan semua pihak akan mendekatkan GISBH dengan seluruh lapisan masyarakat dan berpeluang untuk bekerjasama dengan berbagai NGO dalam kerja-kerja kebajikan.

Views: 2

Reviews for GISBH membantu keluarga mangsa kebakaran di Pattalung

There are currently no reviews for GISBH membantu keluarga mangsa kebakaran di Pattalung
Scroll to top