GISBH menandatangani Memorandum Perjanjian dengan MSU

Views: 484

RAWANG, 25.04.2024
Satu Memorandum Perjanjian (MOA) antara Syarikat GISB Holdings Sdn. Bhd. dengan Mindanao State University (MSU), Kampus Marawi, Marawi City, Filipina telah ditandatangani di Ibu Pejabat GISBH di sini hari ini.

Surat perjanjian telah ditandatangani oleh YBhg Tn. Hj. Mohd Fazil Md Jasin, Ahli Lembaga Penasihat GISBH mewakili Pengerusi Eksekutif (PE) YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali di pihak GISB Holdings Sdn Bhd yang beralamat 51-G, Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor, Malaysia.

MSU yang beralamat di Bangunan San Isidro, 2nd Street, MSU- Kampus Marawi, Marawi City pula diwakili oleh Presiden Sistem MSU, Atty. Basari D. Mapupuno.

Perjanjian ditandatangani di hadapan saksi-saksi; Dr Mobarak D.Hadji Amin, Dekan Kolej Pertanian MSU, Dr. Rashid M. Casim, Ketua Projek dan Tn. Hj. Mohd Shukri Mohd Noor, Ketua Pengarah Pentadbiran GISBH.

Antara perkara-perkara yang dipersetujui kedua belah pihak ialah; mengadakan kerjasama dalam penubuhan, pengembangan dan pembangunan industri pertanian halal.

GISBH bertanggung jawab melatih pelajar dan kakitangan teknikal MSU dalam bidang pengeluaran ayam dan perumusan makanan ayam manakala MSU akan menyediakan tempat untuk penubuhan Halal Agri- Pelancongan, menggunakan kemudahan pertanian untuk tujuan pendidikan dan promosi.

Begitu juga ada beberapa terma yang lain yang menguntungkan kedua pihak dan umat Islam di Marawi City.

Selepas majlis, tetamu dan pimpinan GISBH bergambar kenangan di lobi ibu Pejabat GISBH dan menandatangani Buku Pelawat yang disediakan.

Seterusnya rombongan meneruskan sesi lawatan ke premis-permis di Pusat Perniagaan Ikhwan BCH dan majlis di akhiri dengan jamuan makan tengahari di Kafe Ikhwan.

Terdahulu, para tetamu seramai 17 orang itu diiringi Tn. Hj. Hasnan Abd Hamid, Ketua Pegawai Operasi GISBH telah di sambut di lobi Ibu Pejabat GISBH oleh Pn. Hajjah Azura Mohd Yusof, ALP Muslimah GISBH, dan menyampaikan salam daripada PE GISBH yang berada di Istanbul Turki serta berkongsi perkembangan ringkas PE sepanjang bulan Ramadhan.

Moga kerjasama dengan pelbagai pihak di dalam dan luar negara khususnya dengan MSU, memberi peluang kepada GISBH membanyakkan khidmat di tengah masyarakat kerana sebaik-baik manusia itu, mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.

Views: 484

Reviews for GISBH menandatangani Memorandum Perjanjian dengan MSU

There are currently no reviews for GISBH menandatangani Memorandum Perjanjian dengan MSU
Scroll to top