GISBH menerima jemputan Majlis Perpisahan Pengarah Kolej Teknologi Pertanian dan Perikanan Pattani

Views: 285

PATTANI, 08.12.2023
Seramai enam orang dari GISBH diketuai oleh Pengarah Zon GISBH Pattani, YBhg Tn Mohd Aminuddin Sani telah dijemput oleh Kolej Teknologi Pertanian & Perikanan Pattani sempena Majlis Perpisahan dengan pengarahnya, Mr. Tew Kasiwut yang ditukar untuk menjawat jawatan Pengarah di Kolej Teknik Pattani di sini hari ini.

Tuan Amin mewakili GISBH menyampaikan hadiah berupa hamper produk GISBH kepada Mr. Tew di Majlis perpisahan yang dihadiri oleh Penasihat Pusat Pendidikan Vokasional Thailand, pegawai-pegawai pendidikan vokasional, pegawai vaterinar negeri Pattani, Ketua Mukim Bangtawa dan lain-lain.

Ketibaan rombongan GISBH diumumkan disambut baik oleh Mr Tew sendiri, pensyarah-pensyarah dan para petugas kolej.

Di kesempatan ini, wakil GISBH ditemukan dengan Penasikat Lembaga Pendidikan Vokasional dari pusat (Bangkok) dan beliau menyatakan rasa kagum dengan GISBH yang bekerjasama dengan kolej dalam innovasi terkini untuk ternakan ayam sihat yang sangat memberi menafaat kepada masyarakat.

Beliau mengatakan pihaknya telah mendapat laporan lengkap mengenai perkara ini dan sangat memberi sokongan kepada kolej untuk meneruskan lagi usahasama dengan GISBH dalam pelbagai bidang lagi.

Mr Tew dalam ucapan perpisahannya pula mengucapkan terima kasih kepada GISBH kerana sudi membuat MoA dengan kolej untuk ternakan ayam sihat dengan menggunakan teknologi enzim Fatih sebagai innovasi baru dalam ternakan ayam yang sihat dan selamat dimakan dan boleh menjana pendapatan untuk masyarakat.

Majlis ditutup dengan sisi bergambar dan berarak dengan kenderaan menuju kolej Teknik Pattani di Pusat Bandar Pattani, tidak jauh daripada Ikhwan Delights Pattani.

Di Kolej Teknik Pattani, semua rombongan termasuk pasukan GISBH disambut oleh pensyarah-pensyarah Kolej Teknik Pattani untuk mengikuti majlis menyambut pengarah baru yang dihadiri oleh Pengarah Pendidikan Vokasional 14 wilayah Selatan Thai, Pengarah-pengarah sekolah vokasional dari daerah-daerah di Wilayah Pattani.

Di sini, sebagai pengarah Mr Tew juga bertanggung jawab menjaga dan mentadbir 6 sekolah vokasional kerajaan dan 3 sekolah vokasional swasta.

Sebelum berpisah, beliau memaklumkan kepada wakil-wakil GISBH bahawa MoA dengan Kolej Pertanian sebelum ini tetap akan diteruskan dan akan diadakan kerjasama lagi di kolej baru ini untuk meningkatkan kualiti pelajar-pelajar, khususnya dalam pendidikan moral dan apa-apa sahaja yang boleh bekerjasama dengan GISBH.

Kerjasama berterusan dengan niat yang ikhlas dari kedua pihak akan membuahkan kebaikan kepada masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

Views: 285

Reviews for GISBH menerima jemputan Majlis Perpisahan Pengarah Kolej Teknologi Pertanian dan Perikanan Pattani

There are currently no reviews for GISBH menerima jemputan Majlis Perpisahan Pengarah Kolej Teknologi Pertanian dan Perikanan Pattani
Scroll to top