GISBH menerima jemputan makan malam daripada IAIB

Views: 552

KAZAN, 15.05.2024
GISBH melalui Pengerusi Eksekutifnya, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali telah menerima jemputan makan malam eksklusif daripada International Association of Islamic Business (IAIB) di Restaurant Emiz, di sini hari ini.

Restaurant Emiz dimiliki oleh pasangan suami isteri, Rael dan Ramelia yang merupakan ahli kepada International Association of Islamic Business (IAIB). Mereka terkenal sebagai pengeluar minuman halal dengan produk minuman mereka sendiri, Emiz Halal Grape Juice.

Makan malam ini diatur khusus untuk syarikat-syarikat yang bernaung dan bekerjasama di bawah IAIB dan GISBH sebagai peserta dalam Kazan Forum 2024.

Matlamat utama jemputan ini adalah untuk menyatukan ahli-ahli IAIB, serta sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih dari Maret Kabayev, Presiden IAIB kepada semua ahli yang membantu mempromosikan IAIB. Selain itu, ia juga bertujuan untuk merapatkan silaturrahim dengan wakil-wakil IAIB dari seluruh Rusia.

Yang Dihormati Tn. PE GISBH, telah dijemput dan diberi penghormatan untuk berucap dalam majlis ini selepas ucapan Maret Kabayev.

Para tetamu pula disajikan dengan hidangan eksklusif secara berperingkat (course by course).

Di acara tersebut, para hadirin juga berpeluang menikmati persembahan nasyid yang dialunkan oleh para remaja GISBH.

Malah atas panduan Ybhg Tn. PE, Tn. Ajwad diminta untuk mengalunkan azan maghrib yang mengajak seluruh hadirin menjaga hubungan dengan Allah walau bagaimana sibuk sekalipun dengan urusan dunia.

Jemputan makan malam ini bukan sahaja merapatkan hubungan antara ahli-ahli IAIB tetapi juga memperkukuhkan jaringan kerjasama dalam mempromosikan produk halal di peringkat antarabangsa.

Views: 552

Reviews for GISBH menerima jemputan makan malam daripada IAIB

There are currently no reviews for GISBH menerima jemputan makan malam daripada IAIB
Scroll to top