GISBH menyertai Ekspo Halal Food & Lifestyle 2023 di Singapura

Views: 20

SINGAPURA, 12.02.2023
GISBH melalui anak syarikatnya di Singapura, Mihrimah Restaurant dan Ikhwan Distributors telah menyertai Expo Halal Food & Lifestyle 2023 pada 10 hingga 12 Febuari 2023 di Singapore Expo Hall 6A, Booth C6 dan D6, di sini.

Di ekspo yang dianjurkan oleh MegaXpress International Pte. Ltd. ini, Mihrimah Restaurant menyediakan pelbagai menu hidangan yang menjadi tarikan iaitu Claypot Asam Pedas dengan pilihan ikan merah, ikan pari dan tetel lembu.

Di antara respon pengunjung ialah masakan asam pedas ini rasanya seperti masakan ibu-ibu dahulu di rumah.

Selain itu Ikhwan Distributors pula memperkenalkan produk-produk Muslim keluaran GISBH antaranya mi kuning, kuetiaw, sos cili, bahulu, ais krim dan lain-lain.

Pengarah GISBH Singapura, Tuan Nik Muhammad Al Fateh Nik Abdul Kadir dan Ketua Setiausaha GISBH Singapura Tuan Luqman Al Hakim Razali turut bersama sama hadir untuk memastikan penyertaan GISBH kali ini benar-benar dapat mempromosikan produk-produk GISBH yang suci, halal dan mudah-mudahan ada keberkatannya.

Ada pengunjung yang pernah berkunjung ke cawangan GISBH Mekah iaitu Wadi Berkat Dato Ibu Hudaibiyah sangat berbesar hati dapat bertemu dengan cawangan GISBH Singapura.

Kebanyakan pengunjung termasuk peniaga-peniaga ekspo mengenali Ikhwan dan teruja dengan keberadaan GISBH di Expo Halal Food & Lifestyle tahun ini.

Moga GISBH dapat menyertai lebih banyak ekspo seperti ini dan dapat menambah kenalan di kalangan para pelanggan.

Views: 20

Reviews for GISBH menyertai Ekspo Halal Food & Lifestyle 2023 di Singapura

There are currently no reviews for GISBH menyertai Ekspo Halal Food & Lifestyle 2023 di Singapura
Scroll to top