GISBH Menyertai Festival Ramadhan Putrajaya 2022

  • April 3, 2022
Views: 0

PUTRAJAYA, 31.03.2022.
GISBH menyertai Festival Ramadhan Putrajaya (FRP) 2022 yang bermula 31 Mac hingga 2 Mei 2022 bertempat di Dataran Putrajaya, Prescint 3 di sini dengan matlamat untuk sama-sama memeriahkan sambutan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Ia dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk kali ke sembilan selaras dengan peralihan negara ke Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini.

FRP 2022 antara lain bertujuan menjadikan Putrajaya sebagai lokasi alternatif bagi mendapatkan barangan keperluan Ramadan dan Aidilfitri serta mengimarahkan sambutan Ramadan di pusat pentadbiran kerajaan.

Lokasinya sangat strategik iaitu di kawasan Dataran Putrajaya Presint 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya dan kawasan bersebelahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA).

Pihak penganjur mensasarkan lebih 500 ribu pengunjung dan membahagikan FRP 2022 kepada empat komponen utama iaitu Bazar Ramadhan, Anjung Syawal, Kiblat Walk dan Laman Iftar.

Di komponen Bazar Ramadan terdapat 160 gerai yang menjual juadah berbuka puasa bermula dari 3 petang hingga 8 malam bertempat di lot berhampiran MTMZA manakala Anjung Syawal pula menawarkan lebih 200 peniga yang menjual barangan persiapan raya

GISBH yang ingin memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah tampil dengan pelbagai produk keperluan harian seperti tepung, pelbagai jenis sos, mi, bihun, ikan kering, ‘chili blend’, coklat pelbagai perisa, rozel, longan, cola Ikhwan dan Biskut Raya Ikhwan.

Antara keunikan produk keluaran GISBH ialah hampir semua bahan utamanya dibuat oleh GISBH sendiri seperti inti dan jem nenas untuk biskut raya tart nenas.

Selain daripada keperluan makanan harian dengan jenama ‘Ikhwan Brand’ GISBH juga mengeluarkan produk busana Muslim seperti songkok, tudung dan jubah raya dalam pelbagai warna dan corak.

Di booth GISBH juga para pengunjung boleh mendapatkan perbagai maklumat mengenai syarikat GISBH yang berada di 17 buah negara dengan pelbagai aktiviti sesuai dengan keperluan manusia seperti pendidikan, perniagaan, pertanian, penternakan, hiburan, sukan dan lain-lain.

Views: 0

Reviews for GISBH Menyertai Festival Ramadhan Putrajaya 2022

There are currently no reviews for GISBH Menyertai Festival Ramadhan Putrajaya 2022
Scroll to top