GISBH menyeru noktahkan segala tohmahan dan fitnah

Views: 2,473

RAWANG, 29 Ogos 2024 – GISB Holdings hari ini mengajak seluruh masyarakat menoktahkan segala fitnah dan bangunkan negara Madani dan bertamadun dalam sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat GISBH di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran GISBH, Tn. Hj. Mokhtar Tajuddin berkata,
“Kami tak sempurna dan banyak salah tapi kami ada cita-cita untuk baiki diri, baiki diri. Kami nak baiki hubungan dengan Allah dan hubungan sesama sendiri, kerana Allah beritahu akan ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali orang yang mengadakan hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.”

Di sidang media ini GISB tuntut permohonan maaf dari tiga individu iaitu Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (MAZA); Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Muhd. Adnan dan Ustaz Daud Lin Abdullah.

Katanya, mereka didakwa telah menimbulkan fitnah, tohmahan dan kebencian terhadap GISB menerusi media sosial.

Menurutnya juga, GISBH telah membuat laporan polis terhadap tiga pihak yang turut melontarkan fitnah terhadap syarikat itu iaitu Pusat Kajian Ajaran Sesat (Pukas), Scam No One dan Caprice menerusi platform media sosial.

Mengulas lanjut katanya, GISBH hanya mahu fitnah ini dihentikan dan individu terbabit meminta maaf.

Views: 2,473
Scroll to top