GISBH menyumbang untuk Tabung Bantuan Gempa Bumi Afghanistan

Views: 3

BANDAR BARU ENSTEK, 18.07.2022
COO GISBH YBhg Tuan Hasnan Abdul Hamid mewakili GISBH dan
Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) menyerahkan replika cek untuk Tabung Bantuan Gempa Bumi Afghanistan kepada CEO Global Peace Mission Malaysia (GPM) En. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin sebagai simbolik penyerahan bantuan sebanyak RM20,000 di sini semalam.

YKPPM dan GISBH bekerjasama memberi dana ke tabung ini mengurangkan tanggungan kesusahan dan penderitaan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa gempa bumi yang melanda Afghanistan baru-baru ini.

GPM yang telah ditubuhkan lebih 20 tahun yang lalu pula adalah sebuah pertubuhan yang tidak berorentasikan keuntungan membawa misi kemanusiaan merentasi sempadan akan menguruskan bantuan ini untuk disampaikan mangsa-mangsa yang terbabit.

YKPPM berdaftar dibawah Akta Pertubuhan 1966 (seksyen 7) sejak 30hb Mac 1990 dan sangat aktif menjalankan program kebajikan dengan moto “Gembirakan Hamba Allah, Nescaya Allah Akan Gembirakan Kita” dan banyak bekerjasama dengan GISBH.

Projek usahasama antara GISBH dengan YKPPM ialah Program Jumaat Berkat iaitu mengagihkan kotak makanan kepada golongan yang memerlukan di seluruh cawangan GISBH di 17 buah negara bermula pada tahun 2018 dan masih berjalan hingga kini.Program ‘Dapur Prihatin Bersama’ sepanjang PKP di seluruh cawangan kafe dan restoran GISBH iaitu menyediakan makanan kepada keluarga-keluarga yang tidak mampu menyediakannya kerana kekangan kewangan.Antara lain ialah program Tanggung jawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) dengan memberikan rawatan kesihatan percuma juga bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi Banten pada tahun 2018 dan kepada mangsa banjir di Malaysia pada bulan Disember 2021.

En Ahmad Fahmi mengucapkan terima kasih kepada GISBH dan YKPPM kerana memberi peluang untuk bekerja rapat, walaupun baru permulaan tetapi ia satu inisiatif yang baik untuk membantu membantu khasnya Afghanistan dan beliau rasa gembira setelah Tuan Hasnan telah memperkenalkan peranan YKPPM terutamanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan, supaya dapat dilakukan sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan.

“Saya sangat berminat apabila mendengar GISBH ingin membuka restoran di Afghanistan. Ini adalah peluang untuk usahasama di platform yang berbeza, semoga ada misi susulan oleh YKPPM dan GISBH di Afghanistan.” Ujar beliau.

“Kita mempunyai tanggungjawab untuk membantu manusia, bukan sahaja orang Islam tetapi juga bukan Islam,” kata Tuan Hasnan yang sama-sama melawat Afghanistan bersama beliau baru-baru ini mengakhiri pertemuan.

Moga YKPPM dan GISBH akan pergi lebih jauh dalam membantu saudara seagama di Afghanistan yang telah lama menderita dalam kancah peperangan ditambah oleh bencana gempa bumi pula.

Views: 3

Reviews for GISBH menyumbang untuk Tabung Bantuan Gempa Bumi Afghanistan

There are currently no reviews for GISBH menyumbang untuk Tabung Bantuan Gempa Bumi Afghanistan
Scroll to top