GISBH meterai MoU dengan LIPCFI

Views: 689

MARAWI CITY, 29.01.2024
Telah berlangsung satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara GISB Holdings dengan Lanao Islamic Paramedical College Foundation Inc (LIPCFI) di sini hari ini.

Majlis berlangsung di Hotel Santorini, Marawi City, Mindanao, Filipina sempena penganugerahan Lencana Jururawat kepada pelajar-pelajar di LIPCFI yang telah tamat latihan teori dan praktikal.

LIPCFI diwakili oleh presidennya, Dr Sohaya M Sampal manakala GISBH diwakili langsung oleh Pengerusi Eksekutif (PE) merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali.

Untuk itu, GISBH bersedia menghantar pelajar-pelajarnya untuk mengikuti kursus kejururawatan yang disediakan oleh LIPCFI.

LIPCFI adalah sebuah kolej kejururawatan yang telah melahirkan jururawat terlatih, yang dihantar bertugas di dalam dan luar Filipina.

Selain itu, melalui hubungan dengan LIPCFI ini, GISBH berhasrat menjalinkan silaturahim dengan saudara seIslam dan masyarakat bukan Islam di Mindanao.

Mudah-mudahan niat Tn. PE menerusi GISBH untuk memberi sebaik-baik khidmat kepada seluruh masyarakat di mana sahaja mereka berada, mudah dilaksanakan melalui hubungan baik dengan semua pihak.

Views: 689

Reviews for GISBH meterai MoU dengan LIPCFI

There are currently no reviews for GISBH meterai MoU dengan LIPCFI
Scroll to top