GISBH penaja utama Liga Memanah Dan Berkuda Tahfiz

Views: 52

YAN, 21.06.2023 Syarikat GISBH menjadi penaja utama Liga Memanah dan Berkuda Tahfiz (Festival LIMTAZ 3.0) yang berlangsung di Equine Resort Yan, Kampung Raga, Taman Samudera, di sini baru-baru ini.

Liga anjuran syarikat Pelana Arena itu menawarkan 2 jenis pertandingan iaitu memanah tradisional atau Liga Memanah Statik (LMS) dan Horseback Archery atau memanah berkuda.

LMS disertai 144 pemanah terdiri dari 77 orang peserta lelaki dewasa, dewasa perempuan, remaja lelaki, remaja perempuan dan kanak-kanak manakala pertandingan memanah berkuda merupakan pertembungan 6 pasukan berkuda, Equine Resort, Yan, Kedah, Furusiyah Sunnah Terengganu, Rubinga Equestrian Park Selangor, Anhar Academy Kedah, Darul Jariyah Selangor dan Ikhwan Equestrian Selangor.

Pertandingan dimulakan dengan sesi penerangan pada jam 8.30 pagi, diikuti pertandingan Horseback Archery serentak dengan majlis perasmian pertandingan memanah tradisional.

Horseback Archery, disertai
20 peserta melibatkan 6 ekor kuda yang disediakan oleh pihak penganjur. Ikhwan Equestrian diwakili En Abu Nizam Zaki dan Muhammad Ajib Azemy.

Pada masa yang sama, pertandingan Memanah Tradisional juga berlangsung, menjadikan suasana memanah tersebut meriah dengan kehadiran peserta dan tetamu.

Ikhwan Archery diwakili Tuan Jundullah Attamimi dan En Taqiuddin Rahim.

Pada jam 5 petang sesi penyampaian hadiah untuk pelbagai kategori diadakan dan di antara penyampai termasuklah Tuan Jundullah Attamimi dan En Husam Fauzi mewakili Tuan Muhammad Adib Attamimi dari GISBH dan Dato’ Roslan Ghazali pemilik Equine Resort Yan.

Di sebelah malam pula Forum Kuda dan Warisan dihadiri 3 ahli panel iaitu YDH Tuan Adib At-Tamimi, Pengarah Ikhwan Equestrian & Presiden Remaja Pembela Ummah, GISBH (berucap secara live streaming dari Perth, Australia), Dato Paduka Dr Supyan Hussin, Fellow Penyelidik Institut Kajian Etnik (KITA) UKM dan YDP Pertubuhan Pendokumentasian Warisan Melayu Malaysia (PEDAWAM), Ts Mat Nor Mohamad Ismail dari Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektronik, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Forum ini dikendalikan oleh Kapten Bersekutu (PA) Nur Syuhada Kamaruddin, Penceramah Industri Ekuin Malaysia dan Pengasas Ssc Resources sebagai moderator.

GISBH selaku penaja utama festival ini menyediakan jamuan makan malam, siaran secara langsung menerusi IKHWAN TV – saluran rasmi GISBH, FB RPU, gambar, video dan hamper bagi pemenang pertama hingga ke lima kategori Horseback Archery berupa barangan Ikhwan Brand.

Pelana Arena sebagai penganjur gembira dan mengharapkan penyertaan yang lebih ramai dari GISBH bagi memeriahkan majlis ini, justeru syarikat itu telah menjemput wakil GISBH selaku penaja utama untuk makan tengahari di meja VIP.

Kebanyakkan peserta terlibat dalam pertandingan ini telah mengenali GISBH kerana terlibat bersama dalam pertandingan anjuran terdahulu.

Antara respon diterima dari masyarakat yang memang mengikuti perkembangan GISBH dalam industri sukan sunnah, menyatakan rasa keterujaan mereka dengan perkembangan syarikat seperti pembelian kuda-kuda baru di Australia dan mereka rasa berbesar hati dengan pencapaian syarikat GISBH atas nama syarikat Melayu Islam yang memperjuangkan sukan sunnah Rasulullah.

Seorang pengunjung, Che Ros Mohd Yonan menyatakan apabila mengetahui penyertaan GISBH dalam pertandingan ini melalui poster, beliau datang bersama isterinya untuk memberi sokongan moral dan mendekati Tuan Jundullah kerana menyangka itu adalah Ybhg Tuan Adib Attamimi.

Che Ros juga mengikuti dan mengkaji sejarah perkembangan GISBH dan pengasasnya Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad serta kenal dengan beberapa kenalan rapat Almarhum seperti saudara Ann Wang Seng, Setiausaha Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Pak Habib Said Hussein Al Attas, Kolumnis Dewan Ekonomi terbitan DBP dan En Mohd Sayuti Omar, penulis dan penganalisis politik semasa di Malaysia.

Seorang lagi pengunjung, Tuan Mohammad Yusni Othman atau lebih dikenali sebagai Abi Tuah, pengasas Mahabbah Academy merupakan Mantan Presiden Liga Petra (Pemanah Tradisional) Kedah, mengetahui keberadaan peserta dari GISBH, telah menghadiahkan anak panah kepada peserta Ikhwan Archery dalam pertandingan tersebut sebagai tanda sokongan kepada GISBH dalam memperjuangkan sukan Sunnah.

Semoga dengan adanya festival seperti ini dapat mengangkat martabat sukan Sunnah di persada antarabangsa dan terus menjadi platform menyatu padukan manusia pelbagai kaum, bangsa dan golongan, ke arah hidup berkasih sayang dan bekerjasama.

Views: 52

Reviews for GISBH penaja utama Liga Memanah Dan Berkuda Tahfiz

There are currently no reviews for GISBH penaja utama Liga Memanah Dan Berkuda Tahfiz
Scroll to top