GISBH, RPU & YKPPM bersama GGR Machine & MAPIM Malaysia di Legacy Rider 2.0 dalam Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palestin.

Views: 540

KOTA WARISAN

Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palestin anjuran bersama GISBH, RPU, YKPPM, GGR Machine dan MAPIM Malaysia di Legacy Rider 2.0

SEPANG, 26.10.2023
Timbalan Presiden RPU, Tuan Nik Fateh Nik Abdul Kadir mewakili Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tuan Hj. Nasiruddin Mohd Ali bersama wakil-wakil daripada Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) telah membuat lawatan dan perbincangan berkenaan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palestin di MAPIM Malaysia Central Warehouse di Bandar Serenia, di sini baru-baru ini.

Kedatangan mereka bagi menyampaikan hasrat Pengerusi Eksekutif GISBH untuk menjalinkan kerjasama antara GISBH dan YKPPM bersama MAPIM dalam Misi Kemanusiaan terhadap rakyat Palestin khususnya kanak-kanak yang tidak berdosa yang kini sedang dizalimi dan dianiaya dalam kancah peperangan.

Sehubungan dengan itu, pihak GISBH akan menggerakkan RPU bersama YKPPM di Perhimpunan Solidarity Palestin dalam Program Legacy Rider 2.0 pada 27 & 28 Oktober ini yang akan berlangsung di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Program Legacy Rider 2.0 yang mengumpul belia dan remaja yang meminati dunia sukan permotoran ini, dijangka akan dihadiri seramai 60 ribu orang mengikut rekod kehadiran yang pernah dicapai pada program Legacy Rider 1.0 di MAEPS, Serdang tahun lalu.

Program yang dianjurkan oleh GGR Machine Malaysia melalui pengarah program Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi, yang juga merupakan Pengarah Urusan GGR Machine (M) Malaysia & Legacy Rider, bersama penganjur yang lain memberi kepercayan kepada GISBH untuk mengendalikan program Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palestin ini.

Kumpulan Nasyid Generasi Harapan turut dijemput untuk membuat persembahan sebagai Duta mempromosikan program Misi Bantuan Kemanusiaan terhadap mangsa kezaliman peperangan di Palestin.

Kutipan dana untuk Misi Bantuan Kemanusiaan juga akan dilaksanakan oleh YKPPM yang hasilnya akan disalurkan kepada MAPIM sebagai pihak yang bertanggungjawab membawa sumbangan ini ke Palestin.

Semoga kerjasama yang dilakukan oleh GISBH, RPU, YKPPM, GGR Machine Malaysia dan MAPIM Malaysia, semakin menguatkan silaturrahim antara sesama umat Islam dan memupuk rasa kemanusiaan khususnya di kalangan belia Malaysia yang tercinta.

Views: 540

Reviews for GISBH, RPU & YKPPM bersama GGR Machine & MAPIM Malaysia di Legacy Rider 2.0 dalam Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palestin.

There are currently no reviews for GISBH, RPU & YKPPM bersama GGR Machine & MAPIM Malaysia di Legacy Rider 2.0 dalam Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palestin.
Scroll to top