GISBH sediakan tempahan katering majlis berbuka puasa PM di Jeddah

Views: 59

JEDDAH, 23.3.2023
Syarikat Global Ikhwan (SGI), anak syarikat GISBH yang bertapak di Haramain telah mendapat tempahan katering dari Konsulat Malaysia di Jeddah untuk majlis berbuka puasa YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Diaspora Malaysia di Arab Saudi, di Konsulat Malaysia di sini baru-baru ini.

Walaupun tempahan katering dibuat pada saat-saat terakhir, pihak SGI tekad untuk menerimanya dengan menyediakan lebih 20 jenis juadah untuk tidak kurang daripada 400 orang tetamu, iaitu 370 tetamu umum dan
30 orang tetamu VIP.

Antara menu istimewa yang sediakan adalah nasi mandi unta yang telah ditempah sendiri oleh Tuan Chairman GISBH melalui pengarah GISBH Haramain iaitu Tuan Muhammad Abbad At-Tamimi untuk tetamu yang hadir selain menu-menu Malaysia seperti kari kambing, siakap masam manis, kuih sri muka, air bandung dan banyak lagi.

Wakil GISBH Ybhg Tuan Abbad At-Tamimi turut memperkenalkan GISBH dan produk terkini GISBH iaitu Ayam Sihat Ikhwan kepada YAB Perdana Menteri.

YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir bersama isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berbual mesra dengn wakil GISBH dan menyatakan sokongan serta akan memberikan bantuan terhadap usaha-usaha GISBH.

Turut hadir adalah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain.

YAB Perdana Menteri menghulurkan tangan bersalaman mesra apabila Tuan Abbad memperkenalkan diri sebagai anak kepada Almarhum Ustaz Ashaari, pengasas GISBH.

Program berakhir kira-kira jam 10.30 malam.

Semoga kerjasama kali ini mengeratkan lagi hubungan yang telah sedia ada antara SGI dan Konsulat Malaysia di Jeddah agar dapat dilaksanakan pelbagai kerjasama yang memberi manfaat kedua pihak juga rakyat Malaysia di masa akan datang.

Terdapat hampir 5,000 rakyat Malaysia bekerja di Arab Saudi dan kira-kira 800 orang daripada mereka tinggal di Jeddah dan Makkah.

Views: 59

Reviews for GISBH sediakan tempahan katering majlis berbuka puasa PM di Jeddah

There are currently no reviews for GISBH sediakan tempahan katering majlis berbuka puasa PM di Jeddah
Scroll to top