GISBH sertai ASEAN HALAL EXPO 2023 di ASEAN Mall, Pattani

Views: 403

PATTANI, 05.12.2023
GISB Holdings Sdn Bhd telah menghantar lebih 150 orang staf-stafnya dari pelbagai unit dari Malaysia untuk menjayakan ASEAN HALAL EXPO 23 (AHEX23) yang dianjurkan oleh ASEAN Mall di sini baru-baru ini.

Terdahulu, apabila dimaklumkan kepada Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tn Hj Nasiruddin Mohd Ali berkenaan hasrat pihak pengurusan ASEAN Mall Pattani, satu-satunya mall yang dibangunkan dengan konsep wakaf untuk bekerjasama dengan GISBH menganjurkan ekspo halal, beliau meminta agar diberi sokongan penuh dari semua bahagian GISBH.

AHEX 23 kali ini dibuat di dalam Mall dan di dataran hadapan Mall dan GISBH diamanahkan untuk memeriahkan aktiviti pentas dan gerai di bawah khemah di luar mall.

Pameran maklumat tentang GISBH dan RPU dipaparkan di tiang-tiang yang telah diubah menjadi rekabentuk 4 segi di kiri pentas manakala di kanan pentas terdapat pameran dan jualan produk seperti busana muslim, pelbagai produk makanan dan minuman Ikhwan termasuk ayam goreng Ayyam Sihat Fateh dan Roti Canai B40.

Untuk memeriahkan pentas, GISBH bekerjasama dengan persatuan-persatuan silat di Pattani untuk mengadakan pertandingan persembahan seni silat yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung selain daripada pertandingan azan, tulisan khat, persembahan nasyid dan permainan rubik.

Kumpulan Akademi Generasi Harapan pula sentiasa memeriahkan pentas dengan persembahan nasyid mereka dengan persembahan kemuncak teater Muzikal Islam bertajuk, Cintakan Allah dapat segalanya, cintakan dunia hilang segalanya yang penuh pengajaran.

Walaupun cuaca sentiasa mendung dan hujan, ia tidak menghalang penduduk tempatan hadir memeriahkan AHEX hingga pakir kenderaan penuh dan orang ramai meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan luar.

Perasmian penutup AHEX kali ini dibuat oleh YB Dato’ Salleh Saidin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah. Beliau mengharapkan Tn PE GISBH dapat hadir juga ke Kedah untuk memeriahkan aktiviti pelancongan di sana.

Dato’ Jamal Mohd Amin, pengurus besar ASEAN Mall, ketika berbual dengan Tn PE GISBH yang berada di Istanbul melalui panggilan video mengucapkan ribuan terima kasih dan memuji pasukan GISBH yang membantu memeriahkan ekspo kali ini.

“Terima kasih banyak-banyak Tn Hj for your support, Alhamdulillah. Your team ni cukuppp… hebat… Alhamdulillah. Harap-harap kita punya kerjasama akan berterusan. InsyaAllah kita work together untuk kebaikan ummah,” ujar beliau.

Di majlis penutup, YBhg Tn Ahmad Anuar Abd Rahman yang mewakili Tn PE bersama beberapa pimpinan GISBH mengiringi tetamu VIP melawat booth GISBH, menonton persembahan nasyid dan video ‘Highlights’ AHEX 23 susunan bahagian Media GISBH.

Antara tetamu yang hadir ialah, Dato’ Salleh Saidin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, Dr Ismail Lutfi Japakiya, Rektor Universiti Fatoni,
YB Dato’ Jamal Mohd Amin, pengurus besar ASEAN Mall, En Zamri Said, Pengarah AHEX 23.

Moga keberadaan GISBH khususnya dalam AHEX 23 ini, dapat mempertautkan ukhuwah dan kasih sayang di antara semua pihak di Pattani demi kekuatan umat Islam dalam menempuh ujian-ujian yang mendatang.

Views: 403

Reviews for GISBH sertai ASEAN HALAL EXPO 2023 di ASEAN Mall, Pattani

There are currently no reviews for GISBH sertai ASEAN HALAL EXPO 2023 di ASEAN Mall, Pattani
Scroll to top