GISBH sertai Ekspedisi Kembara Alumni Surau Mendunia

Views: 434

SUMATERA BARAT, 11.01.2024
Syarikat GISB Holdings telah menerima jemputan mengikuti Ekspedisi Kembara Alumni Surau Mendunia-Rehlah Ilmiah dan Alami menjelajah ke Bukit Tinggi dan Maninjau Sumatera Barat, dari Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), berlangsung dari 4-8 Januari, di sini, baru-baru ini.

Ekspedisi itu dianjurkan YBK dengan kerjasama pertubuhan Benevolent Malaysia dan syarikat Kelkatu bertujuan antaranya menjalin hubungan dengan rakan-rakan NGO Malaysia dan Indonesia di samping menghayati sejarah tokoh dakwah serta pergerakan Islam terkenal seperti Buya Hamka dan Syeikh Ahmad Khatib Al Minangkabawi.

Ekspedisi diketuai oleh YBhg Dato’ Zainal Abidin Hj. Sakom selaku Pengerusi YBK, berkunjung ke tempat-tempat bersejarah, seperti rumah tempat lahir Buya Hamka, Balai Adat Koto Gadang, Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau.

Turut serta dalam ekspedisi ialah Ybhg Tuan Sharif Hidayatullah, Pengarah GISBH Sumatera Barat serta pemimpin-pemimpin dari NGO yang lain.

Pada sesi penutup ekspedisi ini telah berlangsung satu pertemuan bersama Gabenor Sumatera Barat, Bapak Mahyeldi Ansharullah di kediaman rasmi beliau di Pendopo.

En Hanafi Jamaludin selaku Presiden Benevolent Malaysia mengucapkan terimakasih pada Pak Mahyeldi kerana sudi meluangkan masa bertemu peserta ekspedisi dan memperkenalkan wakil-wakil NGO yang hadir serta menerangkan tujuan ekspedisi secara ringkas.

Dato Zainal juga mengambil peluang menerangkan pada gabenor tentang syarikat GISBH yang berada di 19 buah negara, mempromosikan Wadi Berkat Dato Ibu Hudaibiyah (WBDIH) milik GISBH di Mekah juga mempelawa gabenor dan rombongan untuk mengunjungi WBDIH serta membuat usahasama perhotelan dengan GISBH di Mekah.

Perjumpaan diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada kedua belah pihak di antara Gabenor kepada YBK dan GISBH dan sebaliknya serta sesi bergambar beramai-ramai.

Semoga kerjasama antara semua pihak akan berterusan demi manfaat bersama.

Views: 434

Reviews for GISBH sertai Ekspedisi Kembara Alumni Surau Mendunia

There are currently no reviews for GISBH sertai Ekspedisi Kembara Alumni Surau Mendunia
Scroll to top