GISBH sertai Expo ASEAN Day di Istanbul, Turkiye

Views: 642

ISTANBUL, 08.08.2023
Restoran Nur Muhammad (RNM) salah satu cawangan restoran syarikat GISBH telah dijemput meraikan program ASEAN Day melibatkan Konsulat Malaysia dan beberapa konsulat dari negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia dan Filipina di sini baru-baru ini.

ASEAN Day merupakan acara tahunan yang diadakan bagi menyambut ulangtahun penubuhan ASEAN juga untuk memperkenalkan seni dan budaya negara-negara ASEAN kepada masyarakat.

Tahun ini merupakan giliran Konsulat Indonesia menganjurkan sambutan itu di Istanbul di mana pihak Konsulat Indonesia membuat sedikit kelainan dengan mengadakan jualan dan acara pentas di tempat umum iaitu di Dataran Galata Tower, salah satu kawasan tumpuan utama pelancongan di Istanbul.

Atas kerjasama baik antara Konsulat Malaysia dan GISBH yang dimulakan oleh Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan diteruskan oleh Pengarah Zon Turki Eropah, Ybhg Tuan Abul Fida Nasiruddin, pihak Konsulat Malaysia menjemput wakil Nur Muhammad untuk terlibat sama dengan menghadiri Lawatan Kawasan Program bersama dengan Konsulat Jeneral, YM Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir dan Pegawai dari negara negara lain.

Konsulat Janeral Malaysia juga mengenalkan GISBH kepada Konsulat Jeneral Indonesia yang baharu malah penyertaan Nur Muhammad di program ini juga di uruskan sendiri oleh Konsulat Malaysia.

RNM telah mengambil dua tapak perniagaan dan penyertaan ini diuruskan sendiri oleh Konsulat Malaysia.

Konsulat Jeneral Malaysia juga membawa Mr Haidar Ali, Datuk Bandar Beyoğlu yang merupakan tetamu kehormat kawasan berkenaan ke Gerai Nur Muhammad dan memperkenalkan Restoran Nur Muhammad Istanbul kepadanya.

Respon yang diterima dari penganjur dan Pegawai Konsulat dalam program kali ni mengatakan keberadaan gerai Nur Muhammad sangat memeriahkan lagi acara dan menarik perhatian para pengunjung yang ada.

Kebanyakan pengunjung tertarik dengan pelbagai pilihan menu yang menarik di gerai Nur Muhammad hingga menjadi tumpuan tidak putus-putus dari mereka.

Para pengunjung juga berharap jualan dapat diteruskan beberapa hari lagi kerana terdapat pelbagai pilihan makanan yang dijual. Antara respon mereka adalah,
“Sangat menakjubkan sampai tak tahu nak pilih makan apa”,
Di kalangan mereka yang pernah tinggal di Malaysia pula mengatakan,
“Sangat rindukan suasana semasa duduk di Malaysia dahulu.”

Semoga keberadaan restoran dan gerai GISBH di luar negara bukan saja sebagai tempat menjamu selera, bahkan hab masyarakat berbilang bangsa dan negara berkumpul, bertemu, berkasih sayang penuh bahagia hingga lahirlah perpaduan sesuai dengan motonya ‘Berjiwa Dan Membahagiakan’.

Views: 642

Reviews for GISBH sertai Expo ASEAN Day di Istanbul, Turkiye

There are currently no reviews for GISBH sertai Expo ASEAN Day di Istanbul, Turkiye
Scroll to top