GISBH sertai Festival Pendekar Antarabangsa 2022

Views: 31

AYER KEROH, 25.09.2022
Seramai 52 orang staf GISBH dari kalangan Remaja Pembela Ummah Lelaki (RPUL) dan Remaja Pembela Ummah Muslimah (RPUM) mewakili Ikhwan Martial Art (IMA) dan Ikhwan Archery (IA) telah terlibat dalam Festival Pendekar Antarabangsa yang diadakan selama tiga hari di sini baru-baru ini.

Festival anjuran bersama Persatuan Guru-guru Silat Negeri Melaka (SIGMA), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara yang bermula daripada 23-25 September itu julung-julung kali diadakan di Mini Malaysia & Asean Cultural Park, Ayer Keroh, Melaka.

Pelbagai acara telah dipertandingkan antaranya, Cabaran Panahan Pendekar, Pendekar Fit Ride, Seni Beladiri Kreatif dan Pertandingan Busana Tradisi Pendekar.

IMA dan IA menduduki tempat keempat di pertandingan Cabaran Panahan Pendekar dan di dalam pertandingan Seni Beladiri Kreatif pula, mendapat tempat kedua.

Manakala di dalam Pertandingan Busana Tradisi Pendekar, Tuan Jundullah At Tamimi mewakili RPUL telah memenangi tempat pertama dengan memperagakan Busana Perang dari Turki.

Penyertaan IMA dan IA dalam pertandingan-pertandingan ini bukanlah semata-mata bertujuan untuk memenangi pertandingan yang dianjurkan, tetapi untuk bermasyarakat, menjalinkan hubungan silaturrahim dan merapatkan lagi ukhwah Islamiah di samping menimba pengalaman daripada peserta lain.

Aktiviti seni mempertahankan diri dan memanah merupakan sunnah Rasulullah SAW, jika dihayati, bukan saja menguatkan fizikal manusia, bahkan dapat menyubur dan menebalkan rasa rindu, cinta dan kasih pada baginda Rasulullah SAW.

Views: 31

Reviews for GISBH sertai Festival Pendekar Antarabangsa 2022

There are currently no reviews for GISBH sertai Festival Pendekar Antarabangsa 2022
Scroll to top