SENDAYAN, 29,10.2023
Ikhwan Archery salah satu unit di bawah Sektor Sukan Sunnah Berkuda di dalam Syarikat GISBH telah menyertai Kejohanan Memanah Tradisional Negeri Sembilan bagi kategori remaja dan cilik, bertempat di SMK Bandar Baru Sri Sendayan di sini baru-baru ini.
Pertandingan anjuran PEWARIS (Persatuan Memanah Warisan Negeri Sembilan) ini dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Utama Hj. Mohamad Bin Hj Hasan, Menteri Pertahanan Malaysia, Ahli Parlimen Rembau dan ADUN Rantau.
Seramai 388 orang peserta telah terlibat di dalam dua kategori pertandingan iaitu kategori cilik dan remaja dan antara tujuannya adalah untuk memilih wakil pemanah remaja dari Negeri Sembilan.
Seramai 20 orang peserta dari GISBH telah menyertai pertandingan memanah dipimpin oleh Tuan Jundullah At-Tamimi selaku Pengarah Sektor Sukan Sunnah Memanah GISBH.
Pertandingan ini mendapat tajaan dari pelbagai pihak termasuklah antaranya Archers Studio, Mawaddah Archery, Monster Sport Adventure, Darul Jariyah dan lain-lain. GISBH menerusi unit medianya iaitu Ikhwan TV menaja perkhidmatan Live Streaming dan menjadi media rasmi program ini.
Pihak pengarah pertandingan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada GISBH dan Ikhwan TV atas perkhidmatan yang diberikan.
Hasil bimbingan dan panduan dari YBhg Tuan Muhammad Adib At Tamimi, Presiden Remaja Pembela Ummah (RPU), 2 peserta dari Ikhwan Archery bagi kategori remaja berjaya mendapat tempat ke 2 dan 10 yang melayakkan mereka untuk menjadi wakil Pemanah Remaja Negeri Sembilan.
Semoga dengan penyertaan ini, RPU berpeluang mempelajari dan menambah pelbagai ilmu berkaitan memanah dan bergaul dengan pelbagai golongan masyarakat dalam usaha mengangkat sukan sunnah memanah ke persada antarabangsa.