GISBH sertai Majlis Restu Ilmu SPM 2023 Asrama Kasih YBK Serendah

Views: 661

SERENDAH, 14.01.2024
GISBH dijemput untuk menyampaikan ceramah dan mengadakan persembahan nasyid sempena Majlis Restu Ilmu SPM 2023, di Surau Al-Falah, Asrama Kasih, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di sini hari ini.

GISBH diwakili oleh YBhg Tn. Hj. Mohd Shukri Mohd Noor, Tn. Hj. Harun Taat, dua wakil Muslimah dan Kumpulan Nasyid Akademi Generasi Harapan (AGH) yang diketuai oleh Tn. Muhammad Fidauddin At-Tamimi.

Program dimulakan dengan tazkirah bertajuk adab anak kepada ibu bapa yang disampaikan oleh Tn. Harun antara lain mengajak para pelajar lebih dahulu mentaati Allah dengan memelihara sembahyang fardhu supaya mendapat kekuatan untuk menjaga adab terhadap orang tua di hadapan 113 orang pelajar berumur dari 13-17 tahun.

Program khusus untuk persiapan peperiksaan SPM bagi pelajar tingkatan 5 tetapi digabungkan dengan semua pelajar itu juga diisi dengan sembahyang dhuha dan hajat, bacaan surah Yasin dan doa khusus memohon Allah mudahkan para pelajar menghadapi peperiksaan.

YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan dalam ucapannya menceritakan sejarah Asrama Kasih, YBK yang telah melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti selama ini yang boleh dijadikan contoh kepada generasi sekarang untuk ditiru dengan menetapkan matlamat hidup mereka dari sekarang.

Para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan beberapa buah nasyid secara ‘live’ daripada AGH.

Seterusnya pelajar-pelajar saling bersalam-salaman dengan ibu bapa dan guru untuk mengambil restu dan mendapatkan keredaan mereka khususnya dalam menghadapi peperiksaan dan majlis ditutup dengan sesi bergambar beramai-ramai serta jamuan ringan.

Moga GISBH dapat terus bekerjasama dengan semua pihak untuk menambah ukhuwah dan kasih sayang yang sangat disukai Allah Taala.

Views: 661

Reviews for GISBH sertai Majlis Restu Ilmu SPM 2023 Asrama Kasih YBK Serendah

There are currently no reviews for GISBH sertai Majlis Restu Ilmu SPM 2023 Asrama Kasih YBK Serendah
Scroll to top