CHANA, 11.09.2023
Tuan Mohd Aminudin Sani, Pengarah Zon GISBH Thailand mewakili Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali dijemput menyertai majlis pelepasan 2 juta benih udang ke Sungai Na Thap oleh Jabatan Perikanan Songkhla dengan kerjasama Lembaga Letrik Negara Thailand di sini baru-baru ini.
Program yang diadakan di kawasan Permakaman Syuhada’ Didajang itu dihadiri hampir 200 orang terdiri dari staf Tenaga Letrik, staf Jabatan Perikanan, staf GISBH dan penduduk kampung.
Program dimulakan dengan ucapan pegawai daerah yang baharu dilantik yang antara lain menyatakan program ini adalah hasil kerjasama pelbagai pihak untuk menjaga alam sekitar, di hadapan para hadirin dengan longgokan berpuluh-puluh beg plastik beroksigen yang berisi ribuan anak udang yang hendak dilepaskan.
Seterusnya para hadirin dijemput mengambil beg plastik tersebut untuk melepaskan benih udang ke sungai termasuk wakil GISBH, Tuan Aminudin Sani.
Setelah itu para remaja GISBH bersama orang ramai mengangkat tong biru berisi benih udang pula untuk dinaikkan ke atas bot seterusnya melepaskan benih udang tersebut ke dalam sungai.
Kelihatan keharmonian hidup bermasyarakat, tolong menolong dan bantu membantu berlaku di antara pelbagai pihak, tanpa mengira agama, bangsa dan negara berlaku di dalam program ini.
GISBH sentiasa komited bergaul penuh kasih sayang di tengah masyarakat di Malaysia dan luar negara demi keamanan dan keharmonian kerana ia fitrah dan keperluan semua manusia.