GISBH sertai Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023

Views: 675

SERDANG, 16.08.2023
Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali bersama 12 orang pimpinan GISBH telah menghadiri Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini semalam.

Fokus utama persidangan yang diadakan dari 15 hingga 17 Ogos 2023 ini adalah untuk membincangkan isu semasa, cabaran dan halatuju dasar pertanian dan keterjaminan makanan negara.

Persidangan ini juga menyediakan platform untuk perkongsian ilmu dan penyelidikan serta mengukuhkan kerjasama di antara institusi awam dan swasta, industri serta komuniti
pertanian ke arah mencapai pertanian lestari dan kestabilan keterjaminan makanan negara.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam ucapannya antara lain mengatakan isu keterjaminan makanan menjadi topik penting yang mengisi hampir semua forum ekonomi dan kesejahteraan hidup biar dari prespektif mana sekalipun.

“Adalah menjadi harapan saya agar pada akhir persidangan ini, janganlah kita masih dengan dapatan dan saranan yang juga sama,”

“Bagaimana harus kita memacu dan memberi nilai tambah dalam aspek keterjaminan makanan,

“Dalam kontek pendidikan tinggi, sejauh mana universiti kita berjaya menampilkan penyelesaian yang berkesan dalam hal keterjaminan makanan ini, sejauh mana kita berjaya melatih dan melahirkan petani moden dan pengusaha industri penghasilan makanan yang dapat menampung permintaan dan keperluan negara.

“Adakah segala hasil kajian, penyelidikan dan inovasi yang dilakukan dalam universiti kita selama ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dan juga negara.

“Bebaskan diri kita dari segala teori akademik dan tindakan yang tidak produktif. Carilah makenisma atau jalan yang baru yang praktikal dan yang boleh benar-benar membawa perubahan,” ujar beliau dalam ucapan perasmian.

Ketua Pegawai Operasi GISBH, Tuan Hasnan Abdul Hamid dalam ucapannya menganjurkan mereka yang terlibat dengan sesuatu tanggung jawab supaya membetulkan niat semata-mata untuk beribadah kepada Allah dan mendapatkan redha-Nya agar usaha yang dibuat berkesinambungan dan ada penambahbaikan.

“Rasulullah pernah bersabda, sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain, sebab itu kita dikira belum benar-benar baik selagi tidak memberi manfaat kepada orang lain,

“Sebab itu perlu memastikan seluruh pekerjaan kita sebagai ibadah dengan menempuh 5 Syarat iaitu niat mesti betul, pekerjaan itu tidak melanggar syariat, dilaksanakan mengikut syarlat, hasil pekerjaan digunakan dengan betul dan tidak meninggalkan Ibadah asas sewaktu bekerja,” ujar Tuan Hasnan.

Pada beliau, modal utama dalam melahirkan usahawan untuk pemasaran agromakanan adalah modal insan iaitu peribadi yang terhubung dengan Allah khususnya melalui ibadah sembahyang.

Tuan Hasnan Abd Hamid, Ketua Pegawai Operasi GISBH adalah plenari ke 6 daripada 14 plenari yang menyampaikan ucapan di sesi pertama persidangan ini dengan tajuk Strategi Perkhidmatan Pemasaran Agromakanan Negara.

Selain daripada beliau, mereka yang turut menyampaikan ucapan dan kertas kerja di sesi pagi hari pertama ialah Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datin Paduka Dr. Fatimah Mohamed Arshad dari Institut Tropika dan Sekuriti Makanan, UPM, Prof. Dr. Nazamid Saari, Timbalan Naib Censelor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, En. Johari Abdullah Pengarah Bahagian Pengembangan Pertanian, Jabatan Pertanian (DOA), Dato’ Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani, Ketua Pengarah, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Hj. Kamarudin Dahuli, Pengurus Besar, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Moga penyertaan GISBH dalam program penting peringkat kebangsaan seperti ini akan menambah kepekaan seluruh staf GISBH dengan krisis yang melanda negara dan berusaha membantu mengikut kemampuan masing-masing.

Views: 675

Reviews for GISBH sertai Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023

There are currently no reviews for GISBH sertai Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023
Scroll to top