GISBH sertai Southern Halal Ekspo & Tourism di Songkhla

Views: 294

SONGKHLA,16.05.2024
Syarikat GISBH cawangan Thailand turut serta menjayakan Southern Halal Expo & Tourism yang diadakan di Majlis Tajmahal (Masjid Jamek Songkhla) bermula 14 hingga 18 Mei di sini baru-baru ini.

Pameran yang julung-julung kalinya diadakan di Songkhla itu adalah anjuran bersama Jabatan Pelancongan Thailand,
Majlis Perbandaran Klonghae,
Lembaga Industri Pelancongan Songkhla, Yayasan Berkfa, agensi kerajaan dan swasta serta syarikat GISBH selaku rakan strategik sebagaimana termaktub dalam MoU yang ditandatangani sebelum ini.

Tujuan utama pameran ini diadakan adalah untuk mempromosikan makanan dan pelancongan halal dari Indonesia dan Singapura.

Ekspo berkenaan telah dirasmikan Mr Mahamapiskree Wamae, Timbalan Gabenor Songkhla, turut dihadiri oleh Konsulat Jeneral Indonesia, Konsulat Jeneral Malaysia, Pengarah Jabatan Pelancongan, Dato Bandar Klonghae dan YDP Majlis Agama Islam Songkhla.

Tn. Syarif Hidayatullah, Tn. Nik Fateh Nik Abd Kadir dan Tn. Mohd Aminuddin Sani telah hadir mewakili YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH ke majlis perasmian ekspo tersebut.

Rombongan XPDC pacuan empat roda RPU ke Thailand turut sama hadir memeriahkan majlis manakala kumpulan nasyid Akademi Generasi Harapan pula membuat persembahan sepanjang ekspo ini berlangsung.

Sebanyak 146 buah gerai disediakan untuk menarik 10,000 orang pengunjung agar datang berkunjung ke pameran kali ini.

Kementerian Pelancongan dan Sukan berkata, Thailand menyambut 27.25 juta pelancong dengan pelancong Malaysia mendahului senarai dengan 4.43 juta, diikuti oleh China (3.41 juta) dan Korea Selatan (1.6 juta), India (1.58 juta) dan Rusia (1.42 juta), setakat 24 Dis tahun lepas.

Semoga dengan adanya pameran dan ekspo halal ini dapat mempertingkatkan pemahaman para pengunjung mengenai halal dalam semua aspek kehidupan.

Views: 294

Reviews for GISBH sertai Southern Halal Ekspo & Tourism di Songkhla

There are currently no reviews for GISBH sertai Southern Halal Ekspo & Tourism di Songkhla
Scroll to top