GISBH terima jemputan berbuka puasa PM Kemboja

Views: 12

PHNOM PENH, 28.03.2023
Seramai 15 orang wakil GISBH diketuai oleh YDH Tuan Ahmad Anuar Abdul Rahman telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Umat Islam Kemboja atau 7th Ramadhan Iftar Dinner of Cambodian Muslim anjuran Kerajaan Kemboja di dewan Chroy Changwar International Convention And Exhibition Center (OCIC) di sini baru-baru ini.

Majlis iftar khas yang dihoskan oleh Perdana Menteri Hun Sen bersama-sama golongan ilmuwan di Phnom Penh ini turut dihadiri Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu utama dan diberi penghormatan untuk memberi menyampaikan ucapan yang antara lain memuji PM Hun Sen dalam menyantuni umat Islam minoriti di Kemboja.

Turut menyertai seramai 6000 umat Islam berbuka puasa kali ini mantan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla.

Delegasi GISBH berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan Mufti Kerajaan Kemboja, Tuan Hj Kamaruddin Yusuf serta menyerahkan booklet GISBH.

Antara tetamu di kalangan tokoh kenamaan Malaysia ditemui di majlis ini ialah YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Sri Hasan Arifin, bekas Ahli Parlimen Rompin, Dato’ Hj Abdul Hanif Harun, Bendahari Kehormat dan Pengarah Perhubungan Dalam dan Luar Negeri PERKIM, YBhg Datuk Hj Mohd Ajib Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), YB Dato Mohd Rashid Hasnon, bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dr Yaakub Sapari, Senator Dewan Negara Malaysia dan lain-lain.

Usai program berbuka, empat orang wakil GISBH menerima jemputan khas menunaikan sembahyang Tarawih bersama YAB Perdana Menteri di Masjid Al-Serkal, Phnom Penh di mana YBhg Tuan Mokhtar Tajuddin, mewakili YDH Eksekutif Chairman GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali berkesempatan menyerahkan plak cenderahati GISBH kepada beliau ketika meninggalkan masjid.

Di pertemuan singkat ini, Datuk Seri PM mengulangkan komitmen beliau untuk membantu menyelesaikan masalah GISBH di tanah air.

Delegasi GISBH mendapat perhatian banyak pihak kerana bukan sahaja hadir dengan bilangan yang ramai malah melalui jalan darat ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh.

Moga kedatangan wakil-wakil GISBH menambah kuat hubungan antara GISBH dengan berbagai golongan umat Islam di Kemboja.

Views: 12

Reviews for GISBH terima jemputan berbuka puasa PM Kemboja

There are currently no reviews for GISBH terima jemputan berbuka puasa PM Kemboja
Scroll to top